Resepi Kue Teow Goreng Basah Seafood

Resepi Kue Teow Basah Seafood

Apakata cuba hidangkan Kue Teow Goreng Basah Seafood untuk keluarga?

Bahan mudah dan cara memasak yang cukup mudah untuk anda yang kesibukan urusan harian.

Resepi Kue Teow Basah Seafood

Bahan untuk sebungkus kue teow 450g

  • bawang putih 7 ulas ditumbuk
  • cili kering kisar 3 sudu
  • sos cili 4 sudu besar
  • tomato sos 4 sudu besar
  • sos tiram 4 sudu besar
  • kicap pekat 4 sudu
  • stok ayam 2 sudu
  • gula 2 sudu
  • garam hujung sudu
  • seafood (udang, sotong)
  • fishcake & fishball (jika suka)
  • tauge kucai & lobak merah untuk menaikkan warna

    Cara memasak –

Resepi Kue Teow Basah Seafood
– tumis bawang putih sehingga naik bau

– masukkan cili kering

– kacau dan masukkan semua sos dan kicap.

– perasakan dgn gula stok ayam dan sedikit garam.

– masukkan kue teaw dan sayur.

– kacau sehingga sebati

Resepi Kue Teow Basah Seafood

Cara buat cili jeruk

– cili besar hijau potong nipis dan rendam dgn air kapur sekejap.

– masukkan dlm bekas masukkan cuka dan garam.

Resepi asal – Yayar Awang Noh

Resepi Asam Rebus Ikan Yang Sihat & Enak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *