Resepi Sup Gear Box Merah Hidangan Hujung Minggu

Sup Gear Box Merah
Sup Gear Box Merah

 

Sebut sahaja gear box sudah pasti terbayang keenakannya. Apa kata hujung minggu ini kita cuba resepi sup gear box merah?

Pasti keluarga menyukainya dan ia amat sesuai dimakan dengan roti atau dinikmati begitu sahaja.

Sup Gearbox Merah (Tulang Lembu/ Kambing)

Anggaran untuk 2kg Gearbox

Bahan Yang Diperlukan

Bahan² kisar (A)

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia


Bahan² rempah tumis (B)

  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 camca kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam (pilihan)
  • Rempah 4 sekawan


Bahan² lain (C)

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 tin kecil tomato puree
  • ½ botol sos tomato
  • 2 kiub pati ayam/lembu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang carrot dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 3 cawan air rebusan tulang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Daun ketumbar

 

Sup Gear Box Merah
Sup Gear Box Merah

 

Penyediaan Sos

Cara sediakan sos

  • Tumiskan bahan (A) bersama Serai ketuk.
  • Apabila sudah terbit minyak masukkan bahan (B) dan sedikit air rebusan tulang.
  • Kemudian masukkan semua bahan lain (C)
  • masak sehingga pekat dan sebati.


Gearbox direbus bersama halia dan lengkuas sehingga empuk dan toskan.

Kemudian campurkan ke dalam kuah sos.

Akhir sekali taburkan daun ketumbar sebagai hiasan menarik.

Selamat mencuba & hidangkan kepada keluarga anda.

Resepi Kue Teow Goreng Basah Seafood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *