‘Total Lockdown’ Perlu Disegerakan Tanpa Bantahan

Status Covid19
Status Covid19 Pada 28 Mei 2021

 

Perdana Menteri perlu melaksanakan ‘Total Lockdown’ berikutan status terkini angka kes covid19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pelaksanaan ‘Total Lockdown’ WAJIB dilakukan tanpa sebarang bantahan daripada mana mana Menteri Kabinet Malaysia.

Tutup Sementara Sektor Ekonomi

Jangan dikisahkan sektor industri atau berkaitan tetapi perlu memikirkan nasib rakyat Malaysia serta nyawa ‘frontliners’ yang semakin keletihan.

Tiada sebab untuk tidak melaksanakan perkara ini walau kemungkinan ada tekanan daripada pihak tertentu yang berkeras mahu sektor ekonomi diteruskan.

Punca Kluster Covid19
Antara Sektor Yang Perlu Ditutup Sementara

 

Perdana Menteri perlu menunjukkan kredibiliti beliau dalam perkara ini walaupun ada yang cuba untuk menjaga hati pihak pemain industri besar dengan alasan ekonomi akan lumpuh.

Ada desas desus menyatakan seorang yang terlibat dalam mesyuarat cuba menentang keputusan mesyuarat mengenai ‘Total Lockdown’.

Adakah Tan Sri Muhyiddin akan tunduk kepada tentangan seorang sedangkan pihak yang lain dalam mesyuarat bersetuju untuk mengambil langkah ‘Total Lockdown’?

 

Total Lockdown

 

Nyawa Rakyat Atau Mengikut Telunjuk?

Jika keputusan mesyuarat memikirkan angka & nyawa rakyat, maka keputusan perlu dilakukan segera.

Meletakkan nyawa rakyat dalam keadaan sukar hanya menjelmakan presjudis rakyat kepada kerajaan terutama kredilibiti PM.

Selaku kuasa eksekutif, PM ada hak untuk melaksanakan tugas melindungi rakyat.

Tiada keperluan untuk mendengar suara seorang Menteri daripada 32 juta nyawa rakyat Malaysia.

Angka Jangkitan Covid19
Angka Kes Covid19

 

Usaha untuk melandaikan angka jangkitan covid19 perlu dipandang serius oleh semua pihak termasuk rakyat Malaysia.

Tiba masanya semua rakyat bersatu untuk kebaikan semua dan nasib Malaysia bergantung kepada keputusan yang akan diambil kelak.

Angka Kes

Sehingga 28 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes (549,514 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
WPKL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
WP Labuan – 6 (3,170)
WP Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

‘Lockdown’: Kesannya Kepada Rakyat Dan Negara, Bersediakah Kita?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker