Usah ‘Kembirikan’ Parlimen Ujar Azalina

Azalina Othman
Timbalan Speaker Dato Azalina Othman

 

Ahli Parlimen Pengerang Dato Azalina Othman Said mengingatkan agar kerajaan tidak membuat tindakan ‘kembiri’ terhadap sistem demokrasi sediada.

Azalina Othman Said
Tulisan Dato Azalina Othman Said

 

Beliau menulis dengan memberi fakta menarik untuk dipertimbangkan kerajaan bagi membolehkan Parlimen bersidang.



Dalam tulisan Azalina “Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih”, beliau turut bertanya kepada Peguam Negara.

Azalina turut menyarankan agar proklamasi darurat tidak digunakan bagi menghalang sidang Parlimen dari diadakan.

 

Azalina Othman Said



 

Sesuai dengan sistem Demokrasi Berparlimen, amat wajar ahli Parlimen dibolehkan bersidang bagi menyampaikan masalah negara untuk diselesaikan.

Azalina yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat mencadangkan beberapa langkah bagi membolehkan Parlimen dibuka untuk persidangan.

Azalina Othman Said



 

Merujuk kepada penulisan Tan Sri Shahrir Samad, teguran Azalina ini agak ‘memalukan’ kerana seorang wanita lebih berani bersuara daripada lelaki.

Apatah lagi Speaker, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang adalah lelaki tetapi tidak berani bersuara mengenai ‘kembiri’ atau ’emasculation’ Parlimen.

Agak menarik tulisan Azalina kerana menepati titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang membenarkan Sidang Parlimen dijalankan dalam tempoh darurat.



Banyak perkara yang boleh diterjemahkan semasa Sidang Parlimen terutama untuk kebaikan rakyat dan negara yang masih dilanda wabak covid19.

 

Azalina Othman Said
Dato Azalina Othman Said

 

Malah jumlah perbelanjaan untuk mengurus covid19 serta pembelian vaksin boleh dibentangkan dalam parlimen. Ini sekaligus menangkis prejudis rakyat terhadap ketelusan kerajaan.



Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memanggil Sidang Parlimen? Persoalan ini turut menjadi bualan rakyat Malaysia kerana persepsi yang kurang enak menjadi-jadi selagi Parlimen tidak bersidang.

Azalina telah membuat ulasan yang baik dalam isu ini dan beliau tidak boleh dipersalahkan sekiranya kerajaan masih berdegil tidak memanggil Sidang Parlimen.

Kini terpulang kepada Speaker, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang & Perdana Menteri samada mahu terus ‘kembirikan’ demokrasi atau mengambil langkah membuka Parlimen.

Diakhir penulisannya, Azalina turut memberitahu beliau telah berbincang dengan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pembukaan Parlimen semasa darurat.



 

In letter to AG, Azalina says suspension of Parliament means legislature emasculated

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button