Resepi Nasi Minyak Mudah & Sedap Untuk Keluarga

Nasi Minyak
Foto Hiasan Nasi Minyak

 

Ada yang rindu nak makan nasi minyak?

Disediakan resepi untuk membuat nasi minyak yang mudah & sedap untuk keluarga dan boleh buat di rumah.

Bahan-bahan

Bahan Masak Nasi Minyak
Penyediaan Bahan Untuk Nasi Minyak



Bahan kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 4 biji bawang putih 
  • 1/2 inci halia 

Bahan lain:

  • Kismis2 sudu besar minyak sapi
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • 1 sudu besar Planta
  • Daun pandan
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan kisar sehingga lembut. 
2. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan Planta dalam rice cooker. 

Nasi Minyak

3. Tumiskan buah lawang, buah pelaga dan kayu manis.

4. Masukkan daun pandan. 

5. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika. Masukkan kiub ayam. 

6. Letakkan kismis dan susu cair. Biarkan sehingga kering. 

7. Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. 

8. Masukkan air masak (seperti masak nasi biasa). Biarkan sehingga masak. 

 

Nasi Minyak


Sudah siap dah nasi minyak yang wangi lagi sedap.

Boleh dihidangkan ayam masak merah dan acar mentah sebagai hidangan. Pasti akan menambat selera keluarga anda.

Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *