Azmin Kena ‘Gasak’ Benarkan Kilang Arak Beroperasi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Azmin Ali kena ‘gasak’ berikutan tular surat kebenaran beroperasi untuk kilang membuat arak.
Surat tersebut membenarkan kilang arak tersebut meneruskan operasi dalam tempoh PKP (Penuh) bermula 1 Jun 2021.
Dalam surat itu memaklumkan kilang tersebut perlu mematuhi SOP Am & Sektor Pembuatan yang dikeluarkan Kerajaan.
Rata-rata netizen mempertikaikan kebenaran tersebut memandangkan arak bukanlah keperluan asas rakyat Malaysia.
Azmin juga turut di ‘gasak’ netizen berikutan pengumuman beberapa SOP yang melibatkan MITI.
Dalam masa sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak agar Azmin tampil di kaca televisyen secara langsung bagi mengumumkan sendiri SOP di bawah MITI.
Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak dalam satu hantaran facebook menyifatkan Azmin seolah mempunyai ‘Kuasa Veto’ dalam menentukan SOP PKP (Penuh).
Semalam 31 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan senarai kluster covid dimana sektor perkilangan mengungguli carta.
Tindakan MITI mengeluarkan SOP PKP (Penuh) yang baru menyebabkan kekeliruan kepada rakyat.
Sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri telah menyatakan SOP bagi PKP (Penuh) semasa muncul di kaca tv.
Belumpun sampai 24 jam diumumkan, MITI pula mengumumkan SOP baru bagi sektor dibawah kendaliannya.
Mengapa boleh berlaku percanggahan SOP sedangkan MKN telah mencapai keputusan dalam mesyuarat?
Adakah berlaku tentangan dan ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat tersebut?
Jangan biarkan rakyat terpinga dengan kecelaruan SOP antara Kementerian.
Sampaikan netizen menempelak MKN tiada grup whatsapp bagi membincangkan sebarang perubahan SOP.
Lebih teruk lagi netizen turut memerli adakah MKN dibawah JPM kerana selama ini mereka menyangka MKN di bawah MINDEF.
Keputusan MITI Benar Semua Sektor Ekonomi Beroperasi Bakal Jejas Usaha Kekang Penularan COVID-19