Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media telah mengarahkan operasi kilang arak ditutup serta merta.

Kenyataan media 3 perenggan yang dikeluarkan turut mengarahkan semua sektor perkilangan ditutup melainkan 12 kategori yang dibenarkan.

 

Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan
Kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Penutupan Operasi Kilang Arak

 

Semalam tular sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) membenarkan kilang arak meneruskan operasi mereka.

Menteri bertanggungjawab kemudian dikritik netizen kerana membenarkan operasi kilang arak sedangkan ia bukan keperluan untuk rakyat.

 

Surat Kebenaran Operasi Kilang Arak

 

Kegusaran rakyat mengenai penyalahgunaan kelulusan MITI juga berasas. Bagaimana Menteri mahu kategorikan arak sebagai barang keperluan?

Menambah buruk keadaan, semalam sahaja jangkitan covid19 telah menyebabkan kewujudan 25 kluster kilang.

Sebagai rekod SOP PKP (Penuh) diumumkan Ismail Sabri pada 30 Mei 2021. Bagaimanapun kurang 24 jam pengumuman, SOP sudah mula berubah dan mengelirukan rakyat.

 

Azmin Ali Kena Gasak

 

MITI seolah memegang kuasa veto menentukan kelulusan bagi sektor tertentu beroperasi sekaligus membangkitkan kemarahan netizen & rakyat.

Dengan pengumuman yang dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, bermakna selepas ini tiada mana-mana pihak boleh melangkaui kuasa yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan.

Baca juga –

Azmin Kena ‘Gasak’ Benarkan Kilang Arak Beroperasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *