Resepi Asam Pedas Daging Tetel Ala Johor

"<yoastmark

 

Seringkali ikan digunakan untuk resepi masakan harian. Jarang kita dapat merasai keenakan Asam Pedas Daging Tetel Ala Johor.

Untuk PKP (Penuh) kali ini apakata anda cuba resepi ini.

Resepi yang mudah dan sedap untuk disediakan sebagai hidangan dan memberi kelainan dalam menu harian.

Bahan – bahan

  • Daging tetal 1kg (dipotong ikut saiz sesuai)
  • Cili kering (100 gram)
  • Bawang merah/besar 6 biji
  • Bawang putih 1/2 labu
  • Lada hitam (ikut kesesuaian pedas)
  • Kunyit basah 1 inci
  • Halia 2 inci
  • Sedikit belacan bakar (kalau tidak mahu guna pun tidak mengapa)
  • Daun kesum
  • Bendi (jika suka)
  • Belimbing buloh (jika suka)
  • Air asam jawa

Cara-cara

  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lada hitam & belacan sehingga halus

Cara memasak

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan kisar sehingga garing
  • Masukkan daging tetel
  • Masukkan sedikit air (untuk empukkan daging)
  • Selepas daging cukup empuk, masukkan air asam jawa & garam
  • Masukkan bendi
  • Sesuaikan kepekatan kuah
  • Akhir sekali masukkan daun kesum & belimbing buloh

Resepi Ayam Paprik ‘Original’ Thailand

 

Tips – jangan masukkan daun kesum terlalu awal. Ini untuk mengekalkan aroma daun kesum dalam kuah asam pedas tetel tersebut.

 

BILA AMY SEARCH JUAL ASAM PEDAS DAGING KETING, ISI KEBOSANAN PKP 2.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *