Resepi Kue Teow ‘Kung Fu’ Lockdown

Resepi Kue Teow ‘Kung Fu’ Lockdown

Resepi Kue Teow Kung Fu Lockdown
Kue Teow Kung Fu Lockdown

Hari ini 1 Jun 2021 bermulalah ‘Total Lockdown’ seluruh negara. Jadi kepada yang mahu hidangkan menu berbeza kepada keluarga, cubalah resepi Kue Teow Kung Fu Lockdown.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kuey teow, 500g
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket fishball atau fishcake
  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • air, anggaran 3 cawan
  • sayur karot – hiris halus memanjang
  • bunga kobis
  • 3 batang jagung muda
  • sayur sawi
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 kiub serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 6 biji cili padi, belah dua
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng



Cara-cara untuk kuey teow:

Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.

Panaskan sedikit minyak.

Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.

Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow.

Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk kuah:

Panaskan sedikit minyak.

Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.

Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.

Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih.

Masukkan sotong dan udang.

Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.

Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.

Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung.

Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.

Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.

Tips:

Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng.

Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Resepi Kue teow goreng sedap

Resepi Kue Teow ‘Kung Fu’ Lockdown

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker