Resepi Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Resepi Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Bahan Untuk Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

 

Masak lemak cili api sinonim dengan Negeri Sembilan & amat mudah disediakan sebagai hidangan penambat selera.

Hari ini dikongsikan resepi masak lemak cili api ikan talang masin bersama nenas muda.

 

Resepi Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

 

Bahan-bahan

  • Cili api (merah & hijau)
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Nenas muda
  • Santan pekat
  • Ikan talang masin (potong ikut kesesuaian)
  • Asam keping
  • Pucuk asam gelugur (kalau ada dihiris halus)

Cara memasak

  • Kisar cili api bersama kunyit hidup
  • Nenas muda dipotong kecil
  • Ikan talang dibasuh & rendam seketika
  • Masuk semua bahan dalam periuk
  • Guna api sederhana (elak pecah minyak)
  • Kacau sehingga santan menggelegak
  • Masukkan hirisan pucuk asam gelugur (jika ada) sebelum memadam api

 

Masak Lemak Cili Api

 

Mudah bukan? Dalam resepi ini bawang langsung tidak digunakan. Ini petua orang tua Negeri Sembilan bila memasak resepi masak lemak cili api.

Selamat mencuba!!

Resepi lain yang boleh dicuba

Resepi Sup Gear Box Merah Hidangan Hujung Minggu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *