Hamzah Mahu PATI Divaksin, Rakyat Malaysia?

Hamzah Mahu PATI Divaksin, Rakyat Malaysia?
Menteri Parti Pribumi Bersatu Dalam Kabinet Malaysia

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mahu PATI (pendatang asing tanpa izin) diberikan suntikan vaksin.

Ini bagi memastikan mereka (PATI) mempunyai dokumen sah semasa operasi besar-besaran dalam tempoh PKP Penuh yang dilaksanakan sepanjang 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

 



Hamzah Mahu PATI Divaksin
Kenyataan Menteri KDN, Hamzah Zainuddin

 

Kenyataan Hamzah disindir rakyat yang masih menunggu giliran untuk divaksin. Kebanyakan mereka telah mendaftarkan diri untuk program vaksinasi sejak Mac 2021 di aplikasi MySejahtera.

Bagaimana layanan istimewa diberikan kepada PATI apabila rakyat Malaysia sendiri belum menerima vaksin sepenuhnya?

Pendaftaran Vaksin Di Aplikasi MySejahtera
Masih Tiada Pergerakan Di Aplikasi MySejahtera

 



Walau sebelum ini kerajaan telah membuka pendaftaran bagi vaksin AstraZenica, ramai lagi yang menunggu giliran mengikut aplikasi MySejahtera.

Lebih malang lagi cubaan mereka yang mendaftar di MySejahtera tidak diterima untuk mendapatkan giliran semasa pendaftaran dibuka kepada orang ramai baru-baru ini.

 

Hamzah Mahu PATI Divaksin



 

Realiti yang perlu Hamzah akui ialah kelewatan pemberian vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Agak pelik apabila beliau selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan mahu PATI diberikan ruang dalam program vaksinasi.

Adakah koordinasi antara Kementerian dalam hal vaksinasi tidak wujud?



Atau memang berlaku pertindihan arahan antara Kementerian untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa dalam memberi arahan?

Jangan gadaikan kepercayaan rakyat terhadap program vaksinasi Malaysia. Pertambahan kes yang meningkat saban hari begitu menggusarkan.

Utamakan rakyat Malaysia terlebih dahulu, selaraskan agar capaian vaksinasi untuk warganegara mencapai 80% bagi dos pertama & lebih 50% dos kedua.

Semoga rakyat Malaysia diberikan keutamaan untuk divaksin sebelum PATI.



Baca juga – https://my-tv.online/2021/01/05/jepun-dijangka-mulakan-progam-vaksinasi-covid-19-hujung-februari/

Pendaftaran Vaksin Dalam Talian Dapat Sambutan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button