Kluster Parlimen vs Kluster Kilang, Mana Pilihan Hamzah?

Kluster Parlimen vs Kluster Kilang, Mana Pilihan Hamzah
Menteri Parti Pribumi Bersatu Dalam Kabinet Malaysia

 

Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan akan wujud kluster Parlimen sekiranya Sidang dibenarkan.

Bagaimana pula dengan kluster kilang yang diluluskan Azmin Ali dalam tempoh PKP Penuh 1 -14 Jun 2021?

 

 

Hamzah memberi anggaran jumlah mereka yang akan terlibat sekiranya Parlimen dibenarkan bersidang.

Bagaimana pula dengan 128,150 kelulusan kebenaran operasi melibatkan 1.57 juta pekerja yang majoritinya dari sektor perkilangan?



 

Kluster Mengikut Pecahan
Kluster Mengikut Pecahan Peratusan

 

Dengan masa kerja seminggu 7 hari dan ada sesetengah beroperasi 24 jam sehari, adakah sektor tersebut tidak mempunyai risiko peningkatan kes?

Adakah angka 1.57 juta itu lebih kecil dari angka mereka yang dikatakan sebagai kluster parlimen?

Seperti semua maklum, Ahli Parlimen merupakan antara paling awal menerima suntikan vaksin. Begitu juga dengan ‘Frontliners’ lain.

Jika Menteri KDN mahu berbicara soal kluster tidakkah ini seolah menyatakan tidak semua yang terlibat di Parlimen telah divaksin sedangkan mereka dikategorikan sebagai ‘Frontliners’?



 

Azmin Ali

 

Beliau dalam masa sama mempertikaikan desakan ahli politik yang mahu sidang parlimen diadakan.

Mengambil kira jumlah kebenaran sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Penuh memberi gambaran berbeza dengan apa yang disebut Hamzah sebagai ‘Imuniti Kelompok’.

Sukar menerima hujah Hamzah yang bertegas enggan membenarkan sidang parlimen diadakan sedangkan teknologi mesyuarat secara maya digunakan termasuk Perdana Menteri.

 

Hamzah Mahu PATI Divaksin

 

Rakyat juga mahu Parlimen dibenarkan bersidang bagi merealisasikan amalan demokrasi. Begitu juga amalan ‘Check and Balance’ sebuah kerajaan yang tidak dapat dibuat.

Negara lain di dunia termasuk Thailand juga telah memulakan sidang parlimen dengan SOP yang ketat.

Selama mana penangguhan Parlimen Malaysia akan berlangsung? Selagi tidak dibenarkan maka persepsi tidak bagus akan bermain di minda rakyat.

Antara Kluster Parlimen & Kluster Kilang, mana pilihan Datuk Seri Hamzah Zainuddin?

Azmin Perlu Tampil Jelaskan Kekeliruan

Artikel menarik –

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker