Suspek ‘cuci duit’ turut terlibat sindiket judi, tipu pelaburan Forex

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan dua suspek utama dalam kes pengubahan wang haram turut dipercayai terlibat dalam sindiket pusat panggilan judi antarabangsa dan kes penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed juga menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan kedua-dua suspek, termasuk yang melarikan diri dengan memanjat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan sewenang-wenangnya.

“Kami ingin menjelaskan pihak JSJ telah mengambil tindakan terhadap sindiket ini di Malaysia pada tahun lepas dan telah menuduh mereka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 melibatkan seramai 2,069 individu,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Selain itu, Huzir berkata seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Ordinan Darurat 1969 dan jenayah samun kira-kira sembilan tahun lepas.



Katanya buat masa ini siasatan dijalankan bersama-sama dengan beberapa jabatan lain dalam PDRM termasuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Huzir turut menafikan kes itu ada campur tangan ahli politik.

Dalam pada itu, Huzir berkata pihaknya menahan 138 individu dalam 12 serbuan di sekitar Lembah Klang sejak empat hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan perjudian susulan pembongkaran sindiket yang didalangi individu terbabit.

“Selain itu, seramai 243 individu dikenakan POCA kerana terlibat dengan pusat panggilan tempatan dan antarabangsa sejak Januari hingga Oktober ini,” katanya.



Mengenai tiga suspek yang ditahan di bawah POCA berkaitan kes judi dalam talian baru-baru ini, Huzir berkata kesemua mereka direman selama 21 hari untuk membantu siasatan.

“Selepas habis tempoh 21 hari, kami akan memohon sambungan reman selama 38 hari mengikut Seksyen 4(2)(a) POCA pula,” katanya.

— BERNAMA

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker