Isu Berkaitan Kuil Di Gunung Kanthan Perak

Isu Kuil Gunung Kanthan
Gunung Kanthan, Perak

 

Isu Kuil di Gunung Kanthan, Perak seakan mengimbau tragedi yang telah berlaku sebelum ini.

Apakah kita tidak belajar dari tragedi rusuhan Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, yang telah mengorbankan nyawa.

Allahyarham Mohd Adib, seorang anggota Bomba yang datang untuk memberikan bantuan dan sehingga kini pembelaan ke atas kematian Allahyarham Mohd Adib masih lagi belum terbela?

Jangan Ulang Sejarah

Kejadian hampir serupa kini kembali menghantui Rakyat Malaysia. Ini yang berlaku pada Kuil Sakyamuni Di Gunung Kanthan, Perak. 



 

Kuil Gunung Kanthan

 

Pertindihan kepentingan ke atas tanah di Lot 46497 Mukim Hulu Kinta, Perak antara pihak Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan dengan pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM), di Gunung Kanthan.

APMC mempunyai hak ke atas tanah tersebut, dari sudut perundangan, melalui kelulusan pajakan tanah yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 kepada pihak APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964.

Manakala pihak pengurusan MDSCM pula menuntut supaya Kuil Sakyamuni diisytiharkan sebagai tempat ibadat dengan alasan kuil tersebut telah wujud lebih dari 110 tahun yang lalu.

Pihak pengurusan MDSCM juga kini sedang aktif mendapatkan perhatian dan sokongan orang ramai supaya bersama-sama mempertahankan Kuil Sakyamuni.

Menggunakan alasan pencemaran alam sekitar dan mendakwa Kuil Sakyamuni merupakan benteng terakhir untuk menyelamatkan alam sekitar di Gunung Kanthan.

Laporan The Vibes – https://www.thevibes.com/articles/news/28922/century-old-sakyamuni-cave-monastery-faces-eviction


Dalam satu Kenyataan Media bertarikh 15 Januari 2012, pengurusan APMC telah menjawab segala dakwaan dan alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan MDSCM. Baca di bawah:



Kenyataan Berkaitan Kuil

 

Kenyataan Berkaitan Kuil


Pihak pengurusan MDSCM mendakwa, kuil yang mereka uruskan itu sudah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu.

Persoalannya, mengapa pihak pengurusan MDSCM tidak mengambil langkah untuk mendapatkan kelulusan pembinaan kuil tersebut dari Pihak Berkuasa Tempatan?

Benarkah Semua Dakwaan?


Dakwaan pihak pengurusan MDSCM bahawa kuil-kuil yang terdapat di kaki Gunung Kanthan adalah tempat beribadat adalah tidak benar.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan APMC, ada antara kuil tersebut hanya digunakan untuk aktiviti meditasi dan urutan refleksologi kepada warga asing yang berkunjung ke sana, malah ianya sudah lama tidak digunakan sebagai tempat ibadat.

Pihak pengurusan APMC juga mendedahkan, pihak kuil secara berterusan menceroboh dan membina bangunan-bangunan baru di dalam kawasan yang telah dipajakkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada pihak APMC.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Elanjelian Venugopal.

Kebanyakan dari 3,200 kuil Hindu yang terdapat di Malaysia adalah tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan, dalam ertikata lain, ianya dibina secara tidak sah.

Perkara ini disahkan oleh Presiden MIC, S Vigneswaran sendiri.

Agak janggal bila kawasan yang didakwa sebagai kawasan ibadat, telah dibina secara tidak sah di atas tanah milik orang lain tanpa kebenaran.

Pengabaian Aspek Keselamatan

Aktiviti pembesaran kuil yang dijalankan juga telah mendedahkan pengunjung dalam bahaya dari segi aspek keselamatan kerana semakin banyak pihak pengurusan kuil menceroboh, maka ianya akan membawa lokasi kuil semakin hampir kepada kawasan kuari.

Dakwaan pihak pengurusan MDSCM bahawa aktiviti kuari yang menyebabkan hakisan batu kapur akibat dari hujan asid telah menyebabkan ancaman kepada keselamatan manusia juga adalah tidak benar.

Kisah Tragedi Batu Kapur


Ini kerana hakisan hujan asid pada batu kapur di gua adalah proses alam semula jadi dan ini terbukti dalam tragedi Gunung Cheroh, Ipoh, Perak pada tahun 1973 yang telah mengorbankan lebih 42 jiwa walau pun tiada aktiviti kuari dijalankan.

Adalah diharapkan, pihak pengurusan MDSCM tidak cuba mengheret orang ramai untuk mendapatkan sokongan dengan memutarbelitkan kenyataan dalam masalah ini kerana ianya akan menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat.

Pautan asal – https://depakatalah.blogspot.com/2021/06/kuil-sakyamuni-di-gunung-kanthan-apa.html

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker