SADA & Menteri Besar Kedah ‘Kaku’ Isu KEP 5000

KEP 5000 SADA & Menteri Besar Kedah Kaku
Toyota Vellfire KEP 5000

 

Pihak Syarikat Air Darul Aman SDN BHD (SADA) dan Menteri Besar Kedah masih ‘kaku’ dari menjawap isu berkaitan sebuah kenderaan KEP 5000 yang tular.

Kenderaan tersebut tular di media sosial apabila seorang netizen menaikmuat foto KEP 5000 dengan tanda pengenalan MENTERI BESAR KEDAH.

Rekod yang ada menunjukkan KEP 5000 merupakan milik SADA dan dibeli untuk kegunaan syarikat berkenaan.

 

Kenyataan SADA Mengenai KEP 5000
Kenyataan SADA Dalam HarakahDaily

 

Menerusi satu kenyataan media di Harakahdaily, SADA mengesahkan Toyota Vellfire dengan nombor pendaftaran KEP 5000 adalah milik mereka.

Bagaimanapun persoalan sebenar yang masih tidak dijawap kedua pihak SADA & Menteri Besar Kedah, mengapa ada tertera nama MENTERI BESAR KEDAH jika kenderaan tersebut milik syarikat.

Adakah kenderaan tersebut merupakan kenderaan rasmi MB Kedah?

Jika SADA mengaku kenderaan itu milik mereka, mengapa tidak diletakkan “PENGERUSI SADA” sebagai tanda pengenalan sebaliknya yang tertera “MENTERI BESAR KEDAH”?

Jawapan oleh Setiausaha Politik MB Kedah membuka pula persoalan lain.

“Tulisan perkataan ‘MENTERI BESAR KEDAH’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR” – Afnan Hamimi

 

Isu KEP 5000
Jawapan Setiausaha Politik MB Kedah

 

Pelik bukan? Adakah SETPOL mahu menyatakan urusan rasmi MB jika perlu ke satu destinasi luar Kedah tidak diiringi kenderaan pengiring PDRM?

Agak sinis membaca komentar beliau dalam cubaan menjawap kisah KEP 5000. Apakah ketika perjalanan ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut urusan rasmi SADA atau urusan rasmi Kerajaan Negeri Kedah?

Sehingga hari ini SADA masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan KEP 5000 samada masih milik syarikat atau sudah menjadi kenderaan MB Kedah.

Vellfire KEP 5000 Milik SADA Atau Menteri Besar Kedah?

Leave a Reply