ATM Mulakan Program Vaksinasi Pandu Lalu

ATM Mulakan Program Vaksinasi Pandu Lalu
Menteri Pertahanan
Dato Seri Ismail Sabri

 

ATM ( Angkatan Tentera Malaysia ) memulakanΒ  program vaksinasi pandu lalu untuk warga TD ( Tentera Darat ) bermula di Kem Sg Besi semalam.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri, ATM akan membuka 6 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu.

 

 

Kem Sg Besi dipilih sebagai kem perintis PPV Pandu Lalu untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya bagi kemudahan warga ATM.

Seramai 1,200 individu warga ATM termasuk warga awam yang berkhidmat dalam Kem Sg Besi disenaraikan bagi sessi vaksinasi yang diadakan selama 2 hari bermula 8 Jun hingga 9 Jun 2021.



Pecahan penerima vaksin di Kem tersebut seperti berikut –Β 

  • 390 Anggota ATM
  • 647 Pasangan Anggota ATM
  • 70 Anak Tentera
  • 93 Kakitangan Awam

Menerusi program vaksinasi pandu lalu ini, ATM menjangkakan mampu memberi vaksin kepada 1,000 hingga 1,500 penerima vaksin dalam tempoh 8 jam operasi.

Berbanding dengan pemberian secara statik yang hanya mampu menyuntik sekitar 300 hingga 500 orang dalam tempoh 8 jam operasi.

 

ATM tahan 44 pendatang asing cuba keluar dan masuk negara cara tidak sah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker