BERSATU Kedah Tolak Pengerusi Negeri

BERSATU Kedah Tolak pengerusi Negeri
BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)

 

BERSATU Kedah telah mengeluarkan surat rasmi kepada Presiden BERSATU bagi menolak lantikan Pengerusi Negeri Kedah.

Dalam sepucuk surat bertarikh 3 Jun 2021 dan ditandatangani 6 ketua bahagian BERSATU Kedah.

Menyenaraikan 16 sebab penolakan dalam surat tersebut mendakwa penolakan Dato Mohd Suhaimi Abdullah termasuk mencurigai pengagihan dana sebanyak RM500,000.



6 Bahagian BERSATU Kedah yang menolak Suhaimi terdiri daripada Kubang Pasu, Baling, Padang Serai, Merbok, Jerlun & Langkawi manakala Alor Setar tidak menandatangani walau nama turut berada dalam surat berkenaan.

 

BERSATU Kedah Tolak Pengerusi Negeri

 



BERSATU Kedah Tolak Pengerusi Negeri

 

Dalam surat berkenaan BERSATU Kedah turut menamakan 3 nama untuk dipertimbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden bagi mengisi jawatan Pengerusi Negeri.

Jelas sekali berlaku konflik dalam pengurusan BERSATU Kedah. Mungkin bukan setakat Kedah, ia juga mungkin merebak ke negeri negeri lain.



Seperti semua maklum, BERSATU telah melaksanakan pertandingan bagi semua jawatan utama mereka. Ada yang kalah dan ada yang menang.

Bagaimanapun ada pula kalangan mereka yang baru sahaja menyertai BERSATU kini mendapat kedudukan istimewa dalam BERSATU.

Bukan sahaja kedudukan istimewa, mereka juga mendapat tempat dalam barisan kabinet PN. Sudah pasti akan ada sedikit sebanyak rasa tidak puashati ahli asal BERSATU.

UMNO Tidak Pernah Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM – SUK UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button