Konflik Dalaman PPBM Dijangka Meledak

Konflik Dalaman PPBM Dijangka Meledak
Foto Hiasan

 

Konflik dalaman PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dijangka meledak tidak lama lagi. Jangkaan ini berdasarkan kenyataan (palsu) bertalu-talu yang tular di media sosial.

Kaedah kenyataan (palsu) ini saling tidak ubah ketika maklumat berkaitan Langkah Sheraton bocor. Penafian demi penafian dikeluarkan untuk mengaburi rancangan terdebut.

Malah, ramai kalangan ahli PPBM & PKR berikrar menyokong dan setia kepada kepimpinan masing-masing. Akhirnya mereka yang menafikan Langkah Sheraton rupanya dalang kejatuhan Pakatan Harapan.

Azmin Ali yang membawa sokongan bekas PKR, lantas diberikan kedudukan istimewa dalam PPBM bersama beberapa nama besar PKR yang menurutinya.

 

Konflik Dalaman PPBM

 

UMNO & PAS

Tidak kurang juga UMNO yang ketika itu dalam dilemma samada tidak menyertai dan mendesak PRU diadakan, namun akhirnya bersetuju menyokong kewujudan Perikatan Nasional.

Walau pada dasarnya UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional, ahli parlimen BN diberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sebagai pulangan menyokong Langkah Sheraton.

Begitu juga dengan PAS yang turut menerima kejutan apabila kalangan ahli parlimen diberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri PN.

Presiden PAS sendiri dilantik sebagai Duta Khas Ke Timur Tengah bagi meraih sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.

Namun demikian, selepas lebih setahun menerajui Perikatan Nasional, PPBM kini berdepan konflik dalaman yang tidak dijangkakan.

 

Peja Azumu

 

Timbalan Presiden PPBM Lemah

Timbalan Presiden PPBM yang tidak menjawat sebarang jawatan dalam kabinet dilihat sangat lemah. Penyokong melihat kehadiran ‘Orang Luar’ lebih dihargai Presiden ibarat ‘Kera Dihutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’.

Kredibiliti Presiden PPBM yang mula nampak kemas dan teratur, mulai lemah apabila terus-terusan dikecam rakyat berikutan tidak konsisten dengan masalah covid19.

Keputusan ‘flip flop’ ditambah dengan keegoan Menteri PPBM yang merasakan hanya mereka sahaja ‘berhak’ menentukan prosedur covid19 begitu ketara.

Lihat sahaja keputusan serta perubahan SOP yang memeningkan rakyat. Ada juga SOP yang tidak sampai 24 jam diuar-uarkan berubah.

 

BERSATU Kedah Tolak pengerusi Negeri
BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)

 

24 Jam SOP Berubah

Bermula PKP 1, PKP 2.0 dan kini PKP 3.0, ada sahaja prosedur berubah dan tidak konsisten dibuat kerajaan.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat. Pendapatan semakin berkurang, simpanan makin menyusut dan perkembangan ekonomi rakyat menguncup.

Apa yang digusarkan kelak berlaku masalah sosial akibat tekanan hidup serta kemelesetan ekonomi rakyat.

Menteri ‘Kuat Merajuk’?

Ada desas desus mengatakan Menteri PPBM sudah pandai ‘Merajuk’ bila keputusan menentukan SOP Covid19 tidak diterima. Malah ada pula Menteri PPBM cuba ‘mencuci tangan’ dan menyalahkan Menteri UMNO dalam penetapan SOP.

PAS turut terpalit dengan masalah tidak konsisten membuat keputusan. Lebih teruk PAS dilihat hanya menjadi ‘Pak Turut’ PPBM dalam keputusan melibatkan kepentingan rakyat.

Berapa lama lagi PPBM mampu bertahan dalam arus perdana politik Malaysia? Secara tidak sedar, Presiden PPBM sendiri membuka laluan kepada ‘mereka’ yang berhajat menumbangkannya.

Apa yang mampu dibuat Timbalan Presiden PPBM jika berlaku pemberontakan dalaman parti itu? Beliau tiada kuasa dalam kabinet melainkan dalam parti sahaja.

Itupun kalau beliau cukup kuat dalam parti dan tidak hanya sebagai ‘Patung Cendana’. Selaku Timbalan, beliau sepatutnya lebih kedepan bagi memastikan kedudukan Presiden tidak diganggu gugat mana mana pihak dalam PPBM.

DEMI RAKYAT DAN NEGARA- Lumpuhkan Kerajaan Lemah Serta Kleptokrasi Pada PRU 15.

“JANGAN UBAH TIANG GOL” – AZALINA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *