Sultan Johor Berangkat Ke Majlis Raja Raja
SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE PERBINCANGAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini (16 Jun).
Perbincangan berkenaan akan memperhalusi pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin parti politik kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja Raja akan bermesyuarat mengenai usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.
Ahli Politik Jangan Campur Urusan Pegawai Daerah