Ahli Parlimen BN, UMNO Sedia Bersidang

Ahli Parlimen BN/UMNO Sedia Bersidang -Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan
Dato Seri Ismail Sabri

 

Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN bersedia untuk bersidang di Parlimen.

Dalam kenyataan bersama ahli Parlimen BN & UMNO yang dikeluarkan hari ini.

Ini bagi menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu baru-baru ini.

 

KYDMM AGONG

 

Berhubung keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin serta memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Selaras dengan itu, Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN, bersetuju agar Parlimen bersidang semula.

Turut bersetuju agar Sidang Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik COVID-19.

Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan.

 

Ismail Sabri

Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan.

Memahami ia sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Menteri serta Timbalan Menteri daripada parti UMNO/BN akan memastikan komitmen sepenuhnya.

Dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan COVID-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

 



Apa yang pasti keutamaan Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia.

Ini Kali Kita “All Out” – Presiden UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker