Nazri Perlu Dedah Nama 25 Sokong Hishamuddin

Nazri Perlu Dedah 25 Sokong Hishamuddin
Ilustrasi Grafik

 

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz perlu mendedahkan nama 25 MP BN yang menyokong Hishamuddin.

Beliau telah membuat pendedahan eksklusif kepada Sinar Harian bahawa beliau merupakan ‘mastermind’ mengumpul tandatangan (SD) kalangan ahli parlimen BN.

Nazri turut mendedahkan gerakan itu adalah semata-mata memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong berkenaan bagi menjadi jurucakap kepada 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sekiranya dipanggil menghadap Yang DiPertuan Agong.

“Yang ‘sign’ SD ini melibatkan 25 ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang” -Nazri

Baca – https://wp.me/pbglao-1kzT

Nazri juga mengeaskan SD tersebut adalah untuk menyokong Hishamuddin menjadi jurucakap kepada BN dan bukan bertujuan menjatuhkan PM.

Bagaimanapun Nazri sehingga hari ini masih belum mendedahkan nama 25 MP BN yang menyokong Hishamuddin.

Ahli UMNO dan penyokong BN semestinya mahu tahu siapakah kalangan BN yang menandatangani SD tersebut.

Nazri perlu mengambil tanggungjawab mendedahkannya kepada ahli UMNO serta penyokong BN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam hantaran di facebooknya mendedahkan gerakan mengumpul tandatangan kalangan ahli parlimen.

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui tujuan tersebut kerana tidak dihubungi sesiapapun berkaitan tandatangan.

ANNUAR MUSA BOLEH MASUK PPBM- NAZRI AZIZ

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker