Sultan Johor Titah 12 Ogos Dewan Bersidang

DYMM SULTAN JOHOR TITAH DEWAN SIDANG 12 OGOS
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

DEWAN NEGERI JOHOR BERSIDANG 12 OGOS 2021

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (23 Jun) bertitah berkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos 2021.

Baginda juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor

terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini.

Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” – Baginda Tuanku Sultan Johor

Baginda bertitah demikian selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, YB Tuan Amir Nasruddin pagi tadi.

DYMM Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu, bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik virus COVID-19 di Negeri Johor.

Facebook – https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1875739069259444/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker