“Ampun Tuanku, minta tolonglah Tuanku” – Luahan Rakyat

 

“Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun, Tuanku tolonglah rakyat Tuanku..rakyat susah, saya susah” – begitu luahan rakyat dalam satu perbualan telefon yang dirakamkan.

 

KYDMM AGONG

 

Begitu sayu tangisan seorang pemanggil yang merayu kepada KYDMM Agong dan Raja Raja Melayu agar membantu rakyat yang semakin susah.

Luahan tersebut dipercayai kerana rakyat semakin tidak tahan dengan permainan ahli politik yang mengakibatkan mereka menanggung kesan.

 

HRH AGONG & Brother Rulers
KYDMM AGONG & RAJA RAJA MELAYU

 

Tempoh darurat yang diisytiharkan akan tamat pada 1 Ogos 2021 namun PKP 3.0 masih dikenakan.

Bermula 29 Jun 2021, PKP 3.0 akan dikenali sebagai Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 (PPN).

Majlis Raja Raja Melayu dijangkakan akan mengadakan mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu pada 30 Jun 2021.

Pada 16 Jun 2021, KYDMM Agong menzahirkan Titah Baginda agar Parlimen dibuka bagi membolehkan sidang dilakukan.

Bagaimanapun, banyak alasan dikemukakan oleh Perikatan Nasional dan ini mengundang rasa tidak selesa rakyat berikutan Titah Agong telah dizahirkan.

Begitu juga Titah daripada Raja Raja Melayu yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar berkaitan tempoh darurat yang akan tamat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *