Sudah Sedia Jawap Munkar Nankir?

Sudah Sedia Jawap Soalan Munkar Nankir - Aeril Zafrel

 

“Sudah bersedia jawap soalan Munkar Nankir?” tanya artis Aeril Zafrel dalam kongsian Instgram beliau .

Suami kepada Wawa Zainal turut menulis “wahai ketua/pemimpin negara. Apa yang anda lakukan hari ini, jika ia baik ataupun tidak anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak”



“Sudah sediakah anda jawap soalan munkar & nankir didalam kubur nanti?” – Aeril Zafrel

Aeril turut meminta agar ‘followers’ untuk sampaikan pesanannya kepada ketua/pemimpin.

Dipercayai tindakan Aeril ini ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara sekarang.

Saban hari rakyat dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang semakin tertekan dengan kehidupan terhimpit.



Sehingga semalam kes bunuh diri menggungguli carta dengan alasan kesempitan, masalah ekonomi dan putus asa menghantui rakyat.

Bukan rakyat sahaja terjejas dengan PKP, artis turut menerima tempias yang agak teruk kerana industri seni hampir lumpuh apabila tiada tawaran pekerjaan di masa PKP.

AERIL ZAFREL DISAHKAN POSITIF COVID-19 SELEPAS JAGA PENGURUS DEMAM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button