Aliff Syukri Alami Depresi Teruk PKP 3.0 Bersambung

Aliff Syukri Terlajak Laris
Dato Aliff Syukri Terlajak Laris Alami Depresi?

 

Usahawan produk kecantikan, Dato Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ mengakui beliau mengalami ‘Depresi’ atau tekanan sepanjang PKP 3.0 dikuatkuasa.

Dalam status media sosialnya, Aliff Syukri menulis beliau terpaksa ‘berlakon’ gembira walau hatinya sedih apabila PKP bersambung selepas 28 Jun 2021.

Dalam video pendek Aliff Syukri, beliau berjoget sambil menayangkan jakuzzi di dalam bilik air rumahnya.

Perlakuan serta cara berjoget Aliff jelas menampakkan beliau sememangnya mengalami depresi teruk.

 

 

Nampak sahaja happy. Tapi bila dah PKP terlalu panjang inilah jadinya dalam bilik air pun boleh berjoget, nak menggembirakan hati yang sedih sebab PKP yang bersambung lagi.

 

Aliff Syukri

 

Nak buat macam mana kenalah ikut arahan kerajaan.”

Jauh di sudut hati saya kesian sangat tengok orang kena buang kerja dengan jumlah penceraian yang banyak dan jumlah orang bunuh diri lagi dan duit jatuh lagi.

 

Aliff Syukri

 

Pening kepala dan tabahkan sahajalah”

“Apa apapun kita happykanlah diri. Jika bukan kita yang happykan diri, siapa lagi kan.. sy amat terkesan korang mcm mana?? Cuba kongsikan masalah korang??”

Jutawan Terkesan, Rakyat Biasa?

Dalam keadaan sekarang, bukan sahaja rakyat biasa terkesan, usahawan bertaraf jutawan turut menerima tempias kelembapan ekonomi Malaysia.

Saban hari disajikan dengan kisah rakyat yang tertekan kerana hilang pekerjaan, hilang pelanggan, ketiadaan wang dan paling sukar diterima kes bunuh diri semakin meningkat.

Bayangkan jutawan seperti Aliff Syukri Terlajak Laris sendiri mengakui terjejas teruk, apatah lagi rakyat biasa yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”?

Sebelum ini Aliff turut menaikmuat foto yang menunjukkan beliau sedang menangis kerana tekanan (depresi) yang dialami.

Pelbagai reaksi netizen dan rakan memberi pandangan berbeza menilai foto Aliff.

Dengan keadaan sekarang, kepada siapa rakyat hendak mengadu nasib?

Kempen ‘Bendera Putih’ dilancarkan oleh rakyat merupakan inisiatif mereka bagi menyampaikan bantuan keperluan kepada yang memerlukan dan terkesan.

Aliff Syukri mungkin tidak perlu kibarkan bendera putih tetapi depresi yang dialami bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.

 

“Ampun Tuanku, minta tolonglah Tuanku” – Luahan Rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker