Tiada Kompromi Dengan Penceroboh Haram
Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengulangi tiada kompromi dalam tindakan terhadap penceroboh haram di tanah kerajaan negeri.
Beliau mengulangi ikrar tersebut berikutan operasi yang dijalankan Pejabat Hutan Pahang di Raub.
Dalam operasi tersebut, ternyata pihak bertanggungjawab tidak berkompromi dengan provokasi pihak tertentu yang cuba menggagalkan operasi.
Semalam tular video provokasi seorang Adun DAP terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.
Dalam video yang lain pula, provokasi melampau oleh penceroboh haram terhadap petugas turut tersebar di media sosial.
Pagi ini, seorang lagi ADUN DAP cuba melakukan provokasi terhadap penjawat awam. Kali ini berlaku di perkarangan Mahkamah Raub.
Turut bersama Ronnie ialah Tengku Zulpuri yang merupakan Ahli Parlimen Raub.
Kekeliruan yang dicetuskan ADUN Tras telah dijawap pihak Pejabat Hutan Pahang.
Kawasan operasi dilakukan di Hutan Simpan Kekal dan tidak melibatkan kawasan yang telah mendapat perintah penangguhan dari Mahkamah.
Kebanyakan rakyat Pahang ternyata menyambut baik tindakan Kerajaan Negeri yang tidak berkompromi dengan penceroboh haram.
ADUN DAP Cuba Cetus Kontroversi