“La Tahzan” Berkongsi Rasa Rakyat

La Tahzan Kongsi Rasa Rakyat

 

Stesen television AL HIJRAH memperkenalkan rancangan terbaru mereka “La Tahzan”, bagi membantu rakyat yang menghadapi pelbagai tekanan kehidupan seharian.

Dengan sub tajuk “Allah Bersama Kita”, rancangan yang dihoskan 2 selebriti terkenal di dunia penyiaran radio.

Abby Fana dan Faizal Ismail dipilih mengemudi rancangan La Tahzan berdasarkan perjalanan kehidupan mereka yang berhijrah dari dunia terdahulu.

La Tahzan Bantu Rakyat

Menggunakan platform ‘online’, rancangan La Tahzan turut menampilkan panel yang cukup berwibawa bagi membantu rakyat di kala keresahan.



Menurut Abby Fana, ada ketika mereka yang berdepan tekanan memerlukan seseorang hanya untuk mendengar masalah, ada juga yang meminta nasihat serta pandangan untuk menenangkan perasaan.

Bagi Faizal Ismail atau dikenali sebagai FBI, bukan mudah mengendali masalah orang kerana tidak berada dalam situasi realiti yang dihadapi.

Namun bagi FBI, berkongsi rasa dan bertukar fikiran serta memberi semangat dan nasihat adalah sesuatu yang penting kepada mereka yang memerlukan.

Bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan wang, ada masa nasihat serta panduan kehidupan cukup bernilai buat mereka ketika waktu sukar.



Rancangan ini sebahagian daripada banyak lagi rancangan menarik di TV AL HIJRAH yang disediakan produksi untuk penonton.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HvOyhJYPpAM[/embedyt]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker