Peja Dilantik Untuk Selamatkan Muhyiddin

 

 

Dato Seri Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri hari ini.

Berita tersebut disahkan BERNAMA di laman rasmi portal berita tersebut menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri.

 

Peja Azumu

 

Lantikan Peja ke jawatan tersebut dipercayai adalah untuk menyelamatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya krisis kepercayaan terhadapnya di Parlimen berlanjutan.

Muhyiddin sebelum ini memberitahu beliau akan mengabsahkan kedudukannya sebagai PM dengan sokongan majoriti ahli parlimen pada September 2021.

Bagaimanapun, terdapat ura ura bakal berlaku perebutan dalam meraih sokongan termasuk khabar angin sekurangnya 2 orang ahli paling kanan  dalam PPBM akan bertindak drastik meninggalkan parti untuk menyertai parti lama mereka.

 

Peja Azumu

 

Peja pula dipercayai mempunyai rangkaian komunikasi yang baik dengan banyak pihak lawan.

Ini akan memudahkan sokongan ditarik bagi menyokong Muhyiddin sekiranya berlaku adegan lompat parti dari PPBM sendiri.

Muhyiddin yang kini tersenarai dalam carta individu paling dibenci rakyat, berusaha memulihkan imej beliau namun dikatakan tetap gagal.

Peja pula yang masih mempunyai hubungan baik dengan Tun Mahathir dikatakan akan memujuk Parti Pejuang menyertai kembali PPBM bagi menguatkan parti.

Berjayakah Peja untuk memujuk Mahathir dan Pejuang kembali ke PPBM sekaligus mengekalkan kedudukan Muhyiddin Yassin selaku PM?

 

 

Sebagai Timbalan Presiden PPBM, lantikan untuk Peja ini wajar bagi mengimbangi pengaruh pemimpin lain yang dilantik sebagai Menteri Kanan dalam kabinet PN.

Tahniah Dato Seri Faizal Azumu untuk lantikan ini, semoga berjaya menjadi Penasihat yang baik untuk kelangsungan politik Muhyiddin.

 

Leave a Reply