Zahid ‘Tibai Balik’ Kenyataan Muhyiddin Yassin

 

Dakwaan Muhyiddin Yassin yang menggambarkan pimpinan UMNO enggan  menyokongnya kerana tidak dilepaskan dari dakwaan Mahkamah agak melampau.

Sepatutnya jika Muhyiddin berani membuat dakwaan sedemikian, beliau patut membuat laporan polis dan minta siasatan dibuat.

Zahid membalas dakwaan Muhyiddin menerusi tulisannya di laman media sosial hari ini.

Jawapan Zahid

Tidak benar langsung tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO. Sangat kasar dan tidak senonoh.

Menuduh pimpinan UMNO tidak menyokong kerajaan PN kerana tidak dibebaskan daripada pendakwaan.

UMNO berasa kesal sehingga ke tahap itu tuduhan sanggup dibuat demi memelihara kedudukan.

Institusi diraja dipersenda, demokrasi dipermain, undang-undang dimanipulasi, kini rakyat dibohongi.

Sanggup berdusta untuk memesongkan perhatian rakyat daripada isu pokok iaitu kegagalan dan hilang sokongan.

Jika mahu tahu kaedah menyelamat diri daripada pendakwaan boleh lihat ‘katak’ yang kini selesa di seberang jalan.

Boleh juga lihat kepada ‘belatuk’ yang kekenyangan dedak dalam sangkar serba baharu dan pesona.

Walhal mereka sebenarnya telah gagal menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahan jawatan dan kedudukan.

Untuk kesekian kali Presiden UMNO menegaskan bahawa:

Para pemimpin UMNO wajib mempertahankan parti politik ini supaya tidak tersasar dari landasan rakyat.

Ia kerana UMNO sebuah parti politik milik rakyat. Sejak ditubuhkan UMNO dan rakyat berpisah tiada.

UMNO juga mendaulatkan dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu sejak merdeka.

Pewaris UMNO tidak boleh menyimpang daripada falsafah dan semangat ini dengan apa jua alasan.

Pimpinan UMNO yang setia perlu tegas mempertahankan pendirian, agenda, maruah dan jati diri untuk parti, rakyat dan negara.

Suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO kita terjemahkan.

Meskipun itu bermakna perlu berdepan dengan pendakwaan dan tekanan yang sangat hebat.

Ini bukan terjemahan tanpa fakta. Telah terbukti sejak 9 Mei 2018.

UMNO tidak boleh berpeluk tubuh menyaksikan hari demi hari ratusan rakyat gugur angkara kegagalan yang nyata.

UMNO tidak boleh berdiam diri melihat rakyat terus hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan.

Perjuangan diteruskan. UMNO perlu bertindak.

Sumber – Zahid Hamidi

#umnobersamarakyat
#beranikeranabenar
#kepadaAllahkitaberserah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker