Sukarelawan Tiada Gaji, Penasihat Khas Berapa Gaji?

Sukarelawan Tiada Gaji, Penasihat Khas Berapa Gaji

 

Sukarelawan Kementerian Kesihatan bagi berdepan dengan covid sangat diperlukan dalam waktu mencabar ketika ini.

Oleh demikian, KKM mempelawa mereka yang berminat dengan aktiviti sukarela menyertai mereka sebagai sukarelawan.

Pihak KKM turut memaklumkan pihak mereka tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun/gaji bagi sukarelawan

berserta lain lain syarat yang dinyatakan.

Semalam, Perdana Menteri melalui satu kenyataan telah melantik Dato Seri Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

 

 

Sudah pasti dengan lantikan tersebut, sejumlah peruntukan diperlukan bagi membayar emolumen kepada seorang Menteri.

Peja Azumu kini ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan lain lain Menteri.

Sebelum ini beliau hanyalah Ahli Parlimen dan Adun biasa selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar Perak.

Rakyat melihat lantikan yang dibuat ini sebagai pembaziran dikala rakyat terhimpit dengan masalah ekonomi.

Berapa Ramai Penasihat?

Mengapa sekarang baru Muhyiddin meletakkan Peja sebagai Menteri? Adakah pendapatan Peja masih belum mencukupi?

 

Senarai Penasihat

 

Bayangkan bayaran yang diterima Penasihat Khas disalurkan kepada rakyat yang benar benar memerlukan. Selaku Menteri, Ahli Parlimen dan Adun, pendapatan Peja agak besar dan lebih dari sepatutnya.

Apa fungsi sebenar Penasihat Khas ini? Perdana Menteri sebenarnya sudah mempunyai barisan penasihat yang lebih dari cukup.Adakah masih memerlukan seorang yang dikhaskan untuk menasihati?

Bagaimana dengan sukarelawan yang mempertaruhkan nyawa mereka bagi membantu rakyat? Mengapa mereka tidak menerima elaun yang setimpal dengan keringat mereka?

Apakah titik peluh sukarelawan ini digunakan bagi membayar Penasihat Khas yang kerjanya hanya bertemu orang dan bersembang di atas sofa empuk?

Seringkali rakyat dimomokkan dengan cerita kerajaan tidak cukup wang tetapi dalam masa sama mereka menghambur wang untuk perkara yang tidak memberi faedah secara langsung untuk rakyat.

Ini antara senarai kegagalan Muhyiddin Yassin mengemudi pentadbiran negara selain banyak lagi kegagalan Perikatan Nasional.

Jangan jadi seperti ‘Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’.

Mungkin kedengaran agak lucu tetapi cuba fikirkan selama mana Muhyiddin mahu jadi beban kepada negara? Beliau seharusnya memilih untuk berundur dari kedudukannya sekarang.

 

 

Leave a Reply