Syed Saddiq vs Mat Jargon, Siapa Temberang Siapa?

Syed Saddiq vs Jargon
Bekas Ketua Armada & Ketua Armada

 

Bekas Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq mendedahkan Ketua ARMADA Wan Ahmad Fayshal atau dikenali sebagai ‘Mat Jargon’ cuba memujuk beliau agar menyokong Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin.

Persoalannya siapa temberang siapa dalam pertemuan itu? Mat Jargon menafikan dakwaan Saddiq. Dalam masa sama Saddiq pula berpegang pada prinsip ‘Berani kerana benar’.

Menerusi satu video yang dinaikmuat, Saddiq secara tidak langsung menggambarkan kelicikan permainan politik PPBM.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ua52__ntUeE[/embedyt]

 

Adakah Saddiq hendak memberitahu pertemuan antara beliau dan Mat Jargon lebih menjurus ke arah rasuah politik bagi menyelamatkan karier Muhyiddin?

 

 

Saddiq perlu lebih berani mendedahkan apa kemahuan Jargon dalam pertemuan itu. Beliau juga perlu membongkar jika wujud sebarang tawaran yang dibawa sebagai habuan sekiranya akur dengan permintaan Muhyiddin.

Selaku individu yang sering mendakwa mahu membawa era politik bebas rasuah serta cengkaman, Saddiq mesti berlaku jujur kepada semua pihak terutama penyokongnya.

Baru baru ini Muhyiddin mendakwa beliau cuba dijatuhkan kerana tidak membantu melepaskan beberapa nama dari kes Mahkamah.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan dan Muhyiddin dicabar agar membuktikannya. Malah beberapa laporan polIs dilakukan ke atas Muhyiddin kerana dakwaan beliau.

Kini sudah tiba masanya Saddiq pula membongkar kemungkaran politik sebenar PPBM dan Perikatan Nasional yang selama ini digambarkan begitu suci.

 

Leave a Reply