MB Kedah Persenda Kematian Mangsa Covid19

MB Kedah Persenda Kematian Mangsa Covid19

MB Kedah, Datuk Muhammad Sanusi mempersendakan kes kematian mangsa covid19 dalam satu sidang media.

Video yang dinaikmuat sebuah portal berita menerima pelbagai reaksi rakyat terutama Kedah.

 



Walau ada yang berpendapat MB Kedah hanya bergurau bila menjawap soalan wartawan, sebagai seorang pemimpin gurauan itu sangat biadap.

Wajarkah seorang pemimpin tinggi dalam pentadbiran Kedah cuba memperolokkan kematian mangsa covid?

Kedah antara negeri kes jangkitan covid tertinggi, sudah pasti hospital sediada tidak dapat menampung jenazah yang ramai pada satu satu masa.

Bukan begini caranya seorang yang mewakili sebuah parti yang sering melaungkan perjuangan mereka berlandaskan Islam.



Bayangkan apa perasaan waris mangsa korban covid dengan ucapan MB Kedah. Apa pula perasaan beliau sekiranya ada kalangan ahli keluarganya sendiri menjadi mangsa covid?

Adakah beliau sendiri akan mendaftarkan nama anggota keluarganya hanya untuk diletakkan dalam kontena disediakan?

Jika MB Kedah mengganggap kenyataannya sebagai gurauan, bolehkah dia sendiri diberitahu agar mendaftar namanya sendiri untuk jenazahnya diletakkan dalam kontena sekiranya tiada ruang dalam ruangan penyimpanan mayat hospital?

Kontroversi yang dicetuskan MB Kedah ini sukar diterima rakyat. Dengan angka jangkitan kes mencecah lebih 20,000 sehari, kenyataan MB Kedah tidak membantu rakyat Kedah.



PAS sepatutnya menegur cara senda MB Kedah yang berlaku agak biadap kepada rakyat Kedah.

Sudahlah beliau terpalit dengan kontroversi pelanggaran SOP PKP 3.0 kerana memandu uji sebuah kenderaan pacuan 4 roda semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kenyataan mempersendakan jenazah mangsa covid pula ditimbulkan MB Kedah.

Perlu diingat, isu kenderaan mewah dengan pendaftaran KEP 5000.



Kenderaan tersebut dikatakan milik SADA tetapi menggunakan lambang Menteri Besar Kedah masih belum berjawap, timbul pula kontroversi sebegini.

Mungkin hari ini MB Kedah boleh mengganggap kenyataan tersebut hanya gurauan, beliau perlu ingat rakyat memerhati tindak tanduknya selaku Menteri Besar.

SADA & Menteri Besar Kedah ‘Kaku’ Isu KEP 5000



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button