SUA Menteri Tayang Kertas ‘Cai’ Nombor Jackpot?

SUA Menteri Wilayah Pedajal Ismail Sabri

 

Suhu politik negara mencanak semalam apabila Dato Seri Ismail Sabri membuat satu sidang media bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Paling mencuri perhatian ialah aksi SUA Menteri Wilayah yang bersemangat menunjukkan helaian kertas kononnya sokongan daripada ahli parlimen BN.

Bagaimanapun kejutan berlaku disebalik pengumuman Ismail Sabri. Seorang Menteri meletakkan jawatan, manakala 2 pemimpin UMNO menafikan mereka menyokong Mahiaddin.

 

SUA Menteri Wilayah Pedajal Ismail Sabri

 

Bagaimana SUA tersebut boleh memperdaya Ismail Sabri dengan menunjukkan helaian kertas yang kononnya menyokong Muhyiddin?

Adakah beliau secara sengaja telah ‘pedajal’ Ismail Sabri untuk percaya bahawa helaian kertas itu adalah sokongan penuh ahli parlimen BN?

Kejutan sebelah petang tidak kurang mengejutkan UMNO. Tindakan Pendaftar Pertubuhan telah menghantar notis agar pemilihan jawatan UMNO dilakukan segera.

Apa yang mampu dilakukan Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO dalam hal ini? Adakah beliau tidak mengetahui perkara tersebut?

Berbalik kepada tindakan SUA Menteri Wilayah yang berbangga menunjukkan helaian kertas sokongan dalam sidang media Ismail Sabri.

 

SUA

 

Umum mengetahui SUA tersebut telah digantung keahlian UMNO selama 6 tahun seperti menyimpan dendam kesumat kepada UMNO.

Boleh dikatakan saban hari beliau akan menaikmuat pelbagai teori mengaitkan UMNO dengan DAP dan PKR.

Malah perbualan telefon antara Presiden UMNO dan PKR dijadikan naratif utama beliau mengkritik UMNO selain menjaja wujud surat sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Tindak tanduk SUA ini sebenarnya mengundang pertanyaan benarkah beliau mahu bertanding di Parlimen Putrajaya?

Banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan ahli UMNO dilakukan SUA tersebut namun beliau bertegas menyatakan dirinya sentiasa betul.

Mungkin akan berlaku kejutan sebelum sidang parlimen diadakan pada September dimana undi percaya akan dilakukan bagi mengabsahkan kedudukan Muhyiddin selaku PM.

Tandatangan Noh Omar Kena ‘Lelong’

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker