Anwar Pelakon Handalan Kelas Dunia

Anwar Ibrahim

 

Senario politik tanahair yang cuba mengaitkan UMNO tunduk kepada Anwar Ibrahim rancak dimainkan oleh pihak tertentu bagi melemahkan sokongan dan pemikiran ahli UMNO sendiri.

Seorang bekas pengikut Anwar mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebenarnya seorang pelakon handalan kelas dunia.

Datuk Zulkifli Nordin menceritakan bagaimana lakonan Anwar sebagai tahanan dalam penjara Sg Buloh.

 

 

Bukan sahaja di penjara, semasa kempen PRK Rantau, Anwar turut mempamerkan kebolehan lakonannya.

Sebalik dakwaan sakit tulang belakang, Anwar masih mampu berjoget diatas pentas bersama artis bagi berkempen di depan pengundi keturunan India.

Begitu hebat lakonan Anwar dan ini bukanlah kualiti yang bagus untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri.

UMNO sendiri tidak pernah meletakkan sebarang harapan kepada Anwar jauh sekali bekerjasama kerana perbezaan polisi parti serta perjuangan bertentangan.

 

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim Bersama Mahathir

 

Bagaimana secara tiba tiba timbul naratif UMNO akan bekerjasama dengan Anwar yang tidak boleh dipercayai untuk membentuk kerajaan?

Perlu diingatkan Anwar dan Mahathir pernah bekerjasama dalam Pakatan Harapan selama 22 bulan, malah sehingga hari ini mereka masih bersama.

Mahathir pula diketahui begitu berdendam dengan UMNO dan pernah mahu membubarkan UMNO dengan mengenakan tekanan kepada Zahid Hamidi.

Melihat senario politik yang tidak memberangsangkan, UMNO sebenarnya tidak memerlukan Anwar, Mahathir atau PPBM untuk kembali ke Putrajaya.

Apa yang diperlukan adalah kembali kepada perjuangan sebenar UMNO dan BN untuk rakyat yang berjuang selama lebih 6 dekad sejak merdeka.

Dengan apa yang berlaku sekarang, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang cukup stabil dan kekuatan politik yang tidak mudah diganggu gugat dengan tawaran lumayan.

Rakyat semakin tertekan dengan ekonomi merudum, kehidupan sosial yang sudah berubah dan paling menakutkan angka kematian kerana bunuh diri semakin meningkat.

Perlukah Anwar yang kuat berlakon diberikan ruang dalam politik negara? Perlukah Mahathir yang masih berfikiran ortodoks diangkat semula?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker