Muhyiddin Bakal Catat Sejarah PM Yang Tersungkur

Surat UMNO

 

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin genting bila salinan surat perakuan menarik sokongan kepadanya mula tersebar.

 

 

Muhyiddin dikatakan bakal mencatat sejarah PM yang tersungkur selepas pendedahan 14 nama ahli parlimen yang menarik sokongan terhadapnya.

Surat UMNO

Surat menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertarikh 4 Ogos 2021 dari Presiden UMNO turut disertakan pengakuan bersumpah 14 ahli parlimen UMNO.

Senarai Nama Ahli Parlimen Yang Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

  1.  Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
  2.  Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
  3.  Datuk Seri Ahmad Bin Maslan
  4.  Dr Shamsul Anuar Bin Nasarah
  5.  YB Abdul Azeez Bin ABdul Rahim
  6.  Dato’ Azalina Binti Dato’ Othman Said
  7.  Datuk Sri Bung Moktar Radin
  8.  Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub
  9.  Dato’ Mohd Nizar Bin Zakaria
  10.  Datuk Ahmad Nazlan Bin Idris
  11.  YB Ramli Bin Dato’ Mohd Nor
  12.  Datuk Mohamad Bin Alamin
  13.  Tan Sri Noh Bin Omar
  14. YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Menurut surat itu lagi, sehingga hari ini tiada sesiapa dari senarai tersebut menarik diri dari mempersembahkan surat akuan bersumpah kepada Baginda Tuanku Agong.

Surat UMNO

Oleh kerana 14 ahli parlimen telah menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin, jelas sekali majoriti yang diperolehi sebelum ini sudah lupus.

Muhyiddin sebelum ini mempunyai sokongan 114 ahli parlimen. 2 ahli parlimen telah meninggal dunia menjadikan 112 sokongan.

Dengan penarikan 14 sokongan ini, Muhyiddin kini tinggal 98 sokongan sahaja sekaligus menunjukkan kegagalan meraih dukungan ahli parlimen.

Hanya dengan menunjukkan bukti jelas beroleh sokongan melebihi 112, barulah kedudukan Muhyiddin sebagai PM dianggap selamat.

PN Akan Kembali Bersama PH?

Dari mana pula beliau akan peroleh sokongan jika PH atau mana mana komponen PH tidak  menyokongnya?

Pejuang, Muda awal awal tidak menyokong Muhyiddin, manakala DAP pula mendakwa ada pihak sudah mula menawarkan ‘durian’sebagai imbalan menyokong Muhyiddin.

PKR dan AMANAH pula masih samar samar pendirian mereka samada akan menyokong atau tidak.

Keadaan genting sebegini sudah tentu akan membuat ramai pihak tidak selesa dan sesebuah kerajaan perlu nampak kuat bagi menyakinkan pelabur luar.

Azmin Naik Basikal

Mampukah Muhyiddin bertahan bila parlimen kembali bersidang? Harapan kini di bahu Azmin Ali untuk memulihkan keyakinan pelabur luar sekaligus menjana kembali ekonomi negara.

Di atas kertas serta media sosial, Muhyiddin dan Perikatan Nasional digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang berjaya namun hakikat sebenar disapu ke bawah karpet.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker