Angka Sokongan Muhyiddin Semakin Merosot?

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=CFnq0CyEhFk[/embedyt]

 

Angka sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan merosot teruk selepas UMNO mendedahkan 14 surat akuan bersumpah menarik sokongan kepada Yang DiPertuan Agong.

Setakat sekarang UMNO masih berpegang pada angka 14 menarik sokongan setakat hari ini.

Menurut carta grafik yang dikeluarkan MalaysiaKini, seramai 23 ahli parlimen UMNO masih berada di blok PH dan menyokong Muhyiddin.

 

Carta MalaysiaKini

 

Manakala PH pula mengemukakan angka 105 yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Yang masih belum menyerah surat akuan bersumpah kini tinggal Tengku Razaleigh.

Ku Li bertegas dari awal penubuhan PN, beliau tidak pernah memberi sokongan.

Matematik mudah dengan 105 dari PH dan 14 dari UMNO menjadikan jumlah 119. Jumlah sokongan yang diperlukan Muhyiddin pula adalah 112.

Jumlah keseluruhan sokongan dalam Dewan Rakyat 222 (2 meninggal) dan jika benar yang tidak menyokong adalah 119, maka secara tidak langsung Muhyiddin sudah hilang majoriti kepercayaan.

Bagaimanapun carta tersebut masih tidak dapat disahkan. Hanya SD yang dikeluarkan UMNO sahaja mempunyai kredibiliti dan dipercayai sah.

 

Surat UMNO

 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan Zahid Hamidi telah bersumpah beliau masih berpegang kepada keputusan PAU 2020.

Dalam ucapan penangguhan PAU 2020, Zahid menzahirkan tidak akan bekerjasama dengan DAP, Anwar Ibrahim.

Zahid Hamidi

Muhyiddin Bakal Catat Sejarah PM Yang Tersungkur

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker