Krisis Sokongan Muhyiddin, Mana Azmin Ali?

Azmin Ali

 

Ketika krisis sokongan dihadapi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung, kelibat Azmin Ali tidak dapat dikesan. Kali terakhir Azmin muncul adalah ketika Muhyiddin mengumumkan beliau masih mempunyai cukup jumlah sokongan sebagai PM.

Azmin sebagaimana diketahui merupakan Timbalan Presiden PKR, sebelum bertindak keluar parti selepas ‘Sheraton Move’. 



Krisis Azmin semasa dalam PKR diketahui ramai namun beliau menafikan sehinggalah akhirnya menggerakkan ‘Langkah Sheraton’ yang membawa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kini kelibat Azmin semakin hilang dari pandangan sehingga ada khabar angin menyatakan beliau sedang mengintai peluang menyertai parti lain.

 



Timbalan Presiden PPBM Kini Penasihat Khas PM

Ini bagi menjamin kelangsungan karier politiknya memandangkan Timbalan Presiden PPBM, Dato Seri Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri.

Sudah pasti lantikan politik yang diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak itu akan mengukuhkan kedudukan Peja dalam parti. 

Azmin yang hanya di’kurnia’kan kedudukan istimewa dalam PPBM sudah pasti tertekan dengan halangan baru meluaskan pengaruhnya dalam PPBM.

Walau dengan jawatan Menteri Kanan, Azmin masih belum mempunyai ‘grass root’ dalam parti dan ini adalah kelemahan Azmin.



Dengan hanya sokongan beberapa bekas PKR dalam PPBM belum menjamin beliau selamat apabila pemilihan parti PPBM dilakukan kelak.

Langkah Bijak Mahathir

 

Dalam pada itu, permainan politik Tun Mahathir perlu juga dikaji. Bagaimana beliau yang menjadi mangsa ‘Sheraton Move’ mengorak langkah dan nampak ‘bersih’ selepas meninggalkan PPBM.



Tindakan Tun Mahathir yang meletakkan jawatan kerana merasakan sudah hilang sokongan patut dipuji. Beliau akur sudah hilang kepercayaan dan sokongan lalu bertanggungjawab bagi menjaga kredibiliti jawatan Perdana Menteri.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam politik, Mahathir ketika itu sedar tiada guna menongkah arus jika sudah tidak lagi disokong.

Muhyiddin Tidak Sebijak Mahathir

 



 

Berbeza dengan Muhyiddin yang menerima tekanan dan desakan meletakkan jawatan namun enggan berbuat demikian. Sebaliknya memilih untuk terus berada di puncak kuasa walau isyarat telah diberikan dalam pelbagai bentuk.

Penggunaan tanda pagar ‘Kerajaan Gagal’ antara klausa paling popular dikalangan rakyat. Di facebook sahaja #KerajaanGagal digunapakai sebanyak 221,000 pengguna media sosial.

Mungkin kini Azmin memilih untuk berdiam diri dan membiarkan Muhyiddin menguruskan krisis sokongan sendirian.



Tindakan cerdik bagi memastikan beliau tidak terpalit dalam krisis boleh dilihat ibarat ‘enau dalam belukar’. Apa kata ahli PPBM mengenai kehilangan Azmin tatkala Presiden PPBM memerlukan sokongan semua ahli parti?

Muhyiddin Letak Jawatan, PM Interim Dilantik?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button