Siapa 15 ‘Budak Hitam’ Main 2 Kolam, Sokong Sana Sini?

15 Budak Hitam

 

15 orang Ahli Parlimen dikatakan menyokong dua pihak secara sulit tanpa diketahui identiti mereka secara jelas. 15 individu ‘Budak Hitam’ dipercayai main 2 kolam dan menyokong Muhyiddin dan dalam masa sama turut menyokong pengunduran Muhyiddin.

Mengikut perkiraan jumlah keseluruhan ahli parlimen ialah 222 orang. Muhyiddin dalam satu sidang media menyatakan beliau mempunyai sokongan kukuh.

Menurut satu laporan, Perikatan Nasional mempunyai 115 sokongan. 

Rujukan – https://www.sinarharian.com.my/article/152958/BERITA/Nasional/Kerajaan-PN-masih-majoriti-115-ahli-Parlimen-kekal-sokong-Muhyiddin

Bagaimanapun UMNO telah mengeluarkan 14 nama Ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin. Surat rasmi menyatakan pendirian itu telah di hantar ke Istana Negara.

Di pihak Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan dan Pejuang pula telah menyatakan tidak menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Kiraan mudah bagi menjelaskan ada antara ahli parlimen yang main 2 kolam 

  • UMNO – 14 (tidak termasuk Ku Li)
  • Pakatan Harapan, Pejuang, Muda & Warisan – 106
  • Jumlah UMNO + PH, Pejuang, Warisan & Muda = 120
  • Jumlah keseluruhan ahli parlimen 220 (2 meninggal)
  • 120 + 115 = 225 

Katak

Dari mana angka 225 sokongan wujud jika di dalam dewan hanya ada 222 kerusi? Ini bermakna ada 15 ahli parlimen sudah ‘terjun’ 2 kolam.

Jika lebihan 15 ahli parlimen ini pun tidak boleh diabsahkan Muhyiddin sebagai sokongan kepadanya, bagaimana beliau boleh mengaku masih mempunyai kedudukan yang kukuh?

Siapakah 15 ahli parlimen ini? Identiti mereka masih samar namun dipercayai akhirnya akan diketahui apabila berlaku undi percaya di Parlimen kelak.

Menjadi persoalan lain, adakah 15 individu ini sudah di ‘tumbuk rusuk’ supaya menyokong Muhyiddin?

Bijak sungguh 15 individu ini bermain politik, di sebelah sini mereka menyokong, di seberang sana pun mereka menyokong. Tindakan seperti ini saling tidak tumpah seperti ‘Katak Melompat Mencari Lopak Air’.

Krisis Sokongan Muhyiddin, Mana Azmin Ali?

Leave a Reply