Kes Gombak Setia, Apa Kesudahannya?

Masih ingat pada kes yang dikaitkan dengan 2 ADUN, seorang di Tronoh dan seorang lagi di Gombak Setia? Kes membabitkan ADUN Gombak Setia dipersoalkan oleh Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim.

Menurut Farhash Wafa Salvador, selama 9 bulan kes melibatkan Hilman Idham seperti tidak berkesudahan. Beliau turut mengulas kes tersebut di media sosial miliknya.

Apa Kesudahannya?

Kes yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Kanan, Azmin Ali masih menemui jalan buntu tanpa sebarang perkembangan mahupun jawapan kepada laporan polis yang telah dibuat.

Sebagai rekod Hilman sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi ahli PPBM.

Rujukan – https://www.malaysiakini.com/news/586764

Menurut laporan mangsa membuat laporan polis pertama pada 5 Disember yang mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember kerana mendakwa diugut.

Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.

 

 

Manakala kes Adun Tronoh pula, sebutan kes akan dimulakan semula pada bulan Ogos selepas 2 saksi selesai memberi keterangan secara tertutup pada Julai lepas.

Paul Yong yang sebelum ini merupakan wakil DAP mengambil keputusan keluar parti dan meyertai PPBM.

Rujukan – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/16/kes-rogol-adun-tronoh-ditangguh-ogos/

Wujud Pengaruh Ghaib?

Persoalan besar yang masih diperhatikan termasuk kes melibatkan beberapa ahli politik yang secara tiba tiba mengalihkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.

Ada beberapa kes melibatkan ahli politik yang secara tiba tiba kes yang dihadapi terus ‘Ghaib’ menimbulkan persoalan besar kepada rakyat.

Malah semalam jika membaca penulisan seorang penulis, beliau secara langsung memberi gambaran zaman Muhyiddin mengamalkan keterbukaan.

Dakwaan sebegini cuba mengelirukan pembaca apabila mengaitkan nama Najib sebagai contoh keterbukaan pengaruh Muhyiddin ke atas kes di Mahkamah.

Adakah penulisan sebegini membenarkan desas desus bahawa memang wujud campurtangan Muhyiddin.

Ini boleh menggambarkan salahguna kuasa dalam sesetengah kes melibatkan kepentingan politik parti dan memastikan sokongan kepada Muhyiddin kekal?

PM Interim, Nama Najib & Ku Li Kena Petik

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker