“Bukan Kita Jumpa Agong ?” Azalina Kantoikan Rashid

Azalina Otman

 

Ahli Parlimen Pengerang, Dato Azalina Othman bertanya kepada Timbalan Speaker berkenaan perjumpaan bersama Yang DiPertuan Agong pada 29 Jun 2021.

Dalam ciapan twitter Azalina, beliau turut bertanya mengenai surat bertarikh 9 Ogos 2021.

Surat berkenaan mencetuskan kontroversi mengenai krisis yang berlaku dalam parlimen berkaitan keabsahan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut mengulas berkenaan surat berkenaan dan krisis yang berlaku.



 

Twitter Azalina

 

Ulasan Najib Razak :

Saya perhatikan banyak propaganda sebelah sana yang sedang mengelirukan orang ramai berhubung kedudukan Perdana Menteri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Biar lah semua jelas

1. Perkara 43 (3): Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

(Bukan bertanggung jawab pada Perdana Menteri)

2. Perkara 43 (4): Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(Perlembagaan Persekutuan tak sebut perlu ada seorang lain mendapat sokongan majoriti sebelum Perdana Menteri perlu letak jawatan – seperti dijaja propaganda pihak sebelah sana.

Ini BUKAN soal “siapa lebih besar” tapi soal kamu cukup majoriti atau tidak.)

3) Perkara 40(2): Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

Jadi, sekiranya Speaker parlimen sudah hantar surat pada YDP Agong untuk memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat maka Muhyiddin perlu letak jawatan serta-merta.

Siapa ganti?

Itu ikut budi bicaran dan hak kuasa YDP Agong.

Nak bubar atau tidak sekiranya Muhyiddin minta?

Itu juga ikut budi bicaran dan hak kuasa YDP Agong.

Maka persoalan paling besar hari ini ialah:

Adakah Speaker Parlimen telah hantar surat bertarikh (9 Ogos 2021) pada YDP Agong untuk memaklumkan bahawa Muhyiddin cuma ada sokongan 100 ahli parlimen iaitu jauh dari sokongan majoriti?

Jika sahih, maka PM8 perlu letak jawatan sekiranya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Rujukan – http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara40-Ma.Html

Rujukan – http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html

Siapa 15 ‘Budak Hitam’ Main 2 Kolam, Sokong Sana Sini?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker