‘Mengadap’ Hj Hadi, Muhyiddin Buat PAS Besar Kepala

Muhyiddin Mengadap Hj Hadi

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam telah ke Terengganu bagi ‘mengadap’ Presiden PAS, Hj Hadi Awang di kediamannya.

Lawatan dilakukan dikatakan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam dasar Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan motif pertemuan mereka.

 

Kereta Perdana Menteri

 

Ada desas desus menyatakan Muhyiddin terpaksa berjumpa Hj Hadi bagi memastikan sokongan PAS kepadanya tidak tergelincir sekiranya berlaku undi percaya di parlimen.

Ura ura Muhyiddin kehilangan majoriti sokongan mula menggelisahkan PPBM selepas Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli PAS bersedia jika hilang kerajaan dalam masa terdekat.

Krisis sokongan kepada Muhyiddin menjadi topik panas sepanjang minggu ini. Bermula selepas UMNO mendedahkan 14 nama yang tidak lagi menyokong Muhyiddin, diikuti oleh parti lain.

• Pergerakan keluar dan masuk kawasan
PPN tanpa kebenaran PDRM.
• Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak
Dibenarkan.
Arahan Tetap

• Peraturan 16 P.U. (A) 293/2021.
• Akta 342.
• Ordinan Darurat (Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit)
(Pindaan) 2021.
• Tertakluk kepada ketetapan yang
dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
• Arahan dan peraturan di bawah PBT.
• Tertakluk kepada laporan Hotspot
Identification for Dynamic Engagement
(HIDE) dan penilaian risiko KKM.
• Lain-lain arahan dari semasa ke
semasa yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Kesihatan.

Rakyat yang melihat pertemuan Muhyiddin-Hj Hadi mempersoalkan SOP PPN yang ditetapkan kerajaan. Terengganu yang masih dalam PPN Fasa 2 masih terikat dengan larangan merentas negeri.

Bagaimanapun selaku PM, Muhyiddin mempunyai kelebihan melangkaui peraturan yang ditetapkan.

 

Muhyiddin Mengadap Hj Hadi

 

Mengikut data semalam Terengganu mencatatkan 594 kes covid seperti dikeluarkan oleh CPRC KKM manakala Johor pula 1,706 kes.

Sebagai rekod Muhyiddin berlepas ke Terengganu selepas menghadiri Perasmian Sidang DUN Johor.

Apa keperluan Muhyiddin tergesa gesa ‘mengadap’ Hj Hadi jika tiada keperluan mendesak?

Hadi sebelum ini menerima rawatan di IJN namun telah dibenarkan keluar selepas pihak IJN berpuashati dengan keadaan beliau.

MIC Sekadar Di Pinggiran Bersama Perikatan Nasional

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker