Miami ‘buka pintu’ buat Suarez

Miami ‘buka pintu’ buat Suarez

Miami ‘buka pintu’ buat Suarez
SUAREZ (kanan) sukar untuk menyertai Inter Miami kerana masih mempunyai kontrak bersama Gremio. – AFP

MIAMI – Pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas mengalu-alukan kehadiran Luis Suarez sekiranya bekas penyerang Barcelona itu mendapat ‘lampu hijau’ untuk menyertai pasukannya dalam jendela perpindahan ketika ini.

Difahamkan, Suarez, 36, mahu membuat reunion bersama bekas gandingannya di Barcelona, Lionel Messi yang akan turun membuat debut bersama Inter Miami menentang Cruz Azul pada pusingan pertama Piala Liga-Liga awal pagi Sabtu ini.



Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana kelabnya di Brazil, Gremio dikatakan enggan membenarkan perpindahan penye­rang itu.

“Suarez masih pemain Gremio dan dia mempunyai kontrak dengan pasukan itu. Kami amat memahmi hubungan akrabnya dengan (Lionel) Messi, (Sergio) Busquets dan (Jordi) Alba.

“Mereka pernah bermain bersama di Barcelona. Namun, kami masih belum mengadakan run­dingan dengan Gremio ataupun Suarez walaupun banyak khabar angin bertiup ketika ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Saya tidak tahu bagaimana Suarez mahu meninggalkan Gremio tetapi jika boleh, kami meng­alu-alukan kedatangannya ke Inter Miami,” kata Mas.

Sebagai rekod, kehadiran Messi, Busquets dan Alba dijangka membolehkan skuad bimbingan Gerardo Martino itu mencabar kejuaraan Liga Bola Sepak Major Amerika Syarikat (MLS) musim ini. – AGENSI

Miami ‘buka pintu’ buat Suarez


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button