Najib Mahu Selesai Di Mahkamah

Najib Razak

 

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak dalam satu kenyataan ringkas menerusi facebooknya bertegas mahu menyelesaikan kes beliau di Mahkamah dan bukannya menerusi jalan singkat.

Najib mengucapkan terimakasih atas keprihatinan NGO yang telah menghantar memorandum ke Istana Negara pagi tadi.

Tentatif NGO yang disebarkan melalui whatsapp sejak semalam menarik perhatian ramai dan pihak media.

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Istana Negara dariapda wakil NGO berkenaan.

 

NGO Hantar Memorandum

 

Ulasan Najib

Najib mengulas perkara tersebut kerana ia disiarkan secara langsung oleh sebuah portal yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli politik dalam kabinet Perikatan Nasional.

Apabila ini menjadi berita utama portal PN MalaysiaNow dan ianya disiar secara live, kita tahu-tahu lah pihak siapa punya kerja untuk kenakan saya.

  • Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana pagi tadi.
  • Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.
  • Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik. Saya amat yakin saya tidak bersalah.

Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?

Berani kerana benar.

‘Mengadap’ Hj Hadi, Muhyiddin Buat PAS Besar Kepala

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker