40 Ahli Parlimen BN Tidak Bersama Muhyiddin?

 

Krisis kepercayaan yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin semakin panas apabila dikhabarkan lebih 40 ahli parlimen BN tidak akan bersama beliau di parlimen.

Menurut sumber, ahli parlimen BN dijangkakan tidak akan memberi undi kepada Muhyiddin.

Dipercayai persetujuan tersebut telah dicapai selepas mereka tidak berpuashati dengan keputusan Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim Bersama Mahathir

Sumber turut menyatakan, tawaran Muhyiddin menawarkan keistimewaan setaraf Menteri Kanan kepada Ketua Pembangkang amat memeranjatkan.

Apa yang dilakukan Muhyiddin hanya mencari tempat bergantung bagi menyelamatkan kedudukannya dan bukan untuk rakyat secara keseluruhan.

Beberapa ahli Parlimen mempersoalkan mengapa mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara tersebut dan hanya mengetahui selepas Muhyiddin mengumumkan semalam.

Muhyiddin Yassin

Petang ini satu mesyuarat tergempar akan diadakan di Putrajaya dipercayai bagi membincangkan kedudukan Muhyiddin dan tawaran beliau kepada pihak lawan.

Besar kemungkinan Muhyiddin akan terpaksa meletakkan jawatan bagi mengelakkan dimalukan dalam sidang parlimen.

Muhyiddin Tiada Pilihan Melainkan Letak Jawatan

 

Leave a Reply