Ura-ura Najib PM, Bursa Malaysia Naik

 

Najib Razak

Bursa Saham Kuala Lumpur dibuka tinggi selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri . Ini dipercayai berikutan ura-ura Dato Sri Najib Razak bakal dipilih sebagai Perdana Menteri baru.



Krisis politik tanahair mulai reda dengan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Najib yang sememangnya diketahui mempunyai hubungan baik dengan kuasa ekonomi dunia turut berpengaruh dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara yang menghasilkan vaksin bagi mengawal covid.

 

Bursa KL Naik



 

Berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran Najib, pembangunan ekonomi negara akan seiring dengan kepentingan rakyat Malaysia. Beliau yang mengutamakan tahap kesihatan rakyat pasti akan memastikan pandemik Covid ini ditangani dengan baik. Ketika menjadi PM beliau telah memperkenalkan Klinik 1 Malaysia yang memberi manfaat kepada ramai golongan B40.

Perkhidmatan kerajaan untuk rakyat juga dilestarikan sebelum segalanya dimansuhkan apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran. 

Rakyat pastinya merindui keadaan negara yang stabil, ekonomi yang kukuh dan kemakmuran yang dikecapi mereka ketika zaman BN memerintah.



Jadi tidak menghairankan jika Bursa KL melonjak apabila ada ura-ura Najib Razak akan dilantik sebagai PM ke 9.

Menurut sumber yang dipercayai, Najib turut dicalonkan dari 3 nama tersebut namun identiti 2 lagi nama tidak diketahui.

Apa yang pasti, nama Ismail Sabri dan Hishamuddin Hussein dikatakan tidak tersenarai dalam pencalonan itu.

Najib dikatakan mampu menarik kembali pelaburan ke Malaysia berdasarkan rekod cemerlangnya.



Kebijaksanaan beliau mengurus ekonomi dan pengurusan krisis  menjadikan beliau sebagai satu-satunya calon paling berkaliber” menurut sumber itu lagi.

Siapa Paling Layak Terajui PPBM Selepas Era Muhyiddin?

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button