Berapa Jawatan PPBM Tuntut Dari PM9?

Jawatan Yang Dituntut

 

Bukan mudah bagi mana-mana parti politik untuk melepaskan jawatan, kuasa serta kedudukan yang dimiliki. 

Setelah berhempas pulas mencipta sejarah kemenangan kemudian berubah menerusi ‘Langkah Sheraton’ untuk menyingkir bekas sekutu yang tidak mahu berkompromi.

Itu antara dilemma PPBM yang kini hilang segalanya berikutan perletakkan jawatan Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu setelah hilangnya kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

 

 

Bagaimanapun kejutan terbesar diberikan kepada pemerhati politik ialah, mereka (PPBM) memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO untuk dilantik sebagai PM Ke-9.

Lalu, muncul pepatah ‘ada udang di sebalik batu’ sebagai rujukan tepat bagi sokongan PPBM kepada Ismail Sabri.

Mustahil PPBM langsung tiada calon pilihan parti bagi menggantikan Muhyiddin.

Apa Guna Ada Azmin Ali?

Mereka masih ada Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan bekas Menteri Kanan lantikan Muhyiddin untuk diiktiraf sebagai calon paling layak menyertai kerajaan semula.

Paling tidak, kecemerlangan Azmin dan Tok Pa yang menerajui ekonomi perlu diberikan perhatian selain kehebatan Rina Harun di dalam dunia ‘modelling’  sehingga berjaya menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia.

Pastinya ada rundingan tertentu sebelum kata putus dicapai apabila mahu memberi sokongan. Sebagai balasan, mungkin ada jawatan tertentu harus diserahkan kembali kepada PPBM dan segala keistimewaannya sebelum ini dikekalkan.

 

 

Berapa jumlah jawatan dituntut PPBM jika mereka memberikan komitmen kepada PM9 kelak? Perlu diingatkan, PM9 juga perlu melalui proses keabsahan di parlimen bagi menentu-sahkan jawatannya.

Kestabilan politik menjadi tonggak asas kepada PM9 menerajui kepimpinan kerajaan kelak, tanpa sebarang keraguan dari mana mana pihak bagi menenangkan semula suasana politik dan ekonomi negara.

Kekuatan Muhyiddin akan digunakan untuk memberi tekanan terhadap PM9 sekaligus menjamin kelestarian pentadbiran negara.

Tidak mustahil, seandainya permintaan bagi jawatan tidak dipenuhi, sokongan diberikan ditarik semula. Segalanya berkemungkinan tanpa dapat dibayangkan natijahnya.

 

 

 

 

Leave a Reply