Reka cerita jumpa bayi, remaja disyaki sembunyi status baharu bersalin

Reka cerita jumpa bayi, remaja disyaki sembunyi status baharu bersalin

Reka cerita jumpa bayi, remaja disyaki sembunyi status baharu bersalin
Bayi perempuan ditemukan di belakang rumah dipercayai baharu dilahirkan remaja berusia 18 tahun di Kampung Geting, Tumpat. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Seorang remaja berusia 18 tahun disyaki menggunakan helah kononnya menemui bayi baharu lahir di belakang rumahnya di Kampung Geting, di sini, dipercayai bagi mengelak statusnya yang baharu melahirkan anak terbongkar.

Remaja terbabit disyaki bersalin sendirian tanpa pengetahuan keluarga kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum menghubungi ibunya yang sedang berniaga di kedai kopi dan memaklumkan mengenai penemuan bayi yang kononnya ditinggalkan.

Ibu remaja itu yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 38, berkata dia yang ketika itu sibuk di kedai meminta seorang saudara untuk ke rumahnya bagi mendapatkan cerita sebenar.



“Selepas keadaan di kedai sedikit tenang, saya pulang dan mendapati jiran sedang memangku seorang bayi perempuan.

“Saya saya terus kepada anak perempuan saya adakah bayi itu miliknya, namun dinafikannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Liza yang berasal dari Sungai Golok, Thailand berkata, jiran memberitahu bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan berbogel dan sudah kebiru-biruan, manakala tali pusat sudah dipotong dan uri ditanam tidak jauh dari tempat dia ditemukan.

Katanya, anaknya itu baru menetap bersamanya sejak Ramadan lalu selepas bapa kandungnya yang juga bekas suami Liza meninggal dunia akibat serangan strok.

“Dia belum berkahwin dan sukar untuk tahu jika dia mengandung kerana fizikalnya memang semula jadi berisi.

“Saya mendesaknya mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya, tapi dia enggan dan mendakwa lelehan darah yang turun dari betisnya disebabkan datang bulan.



“Buntu memikirkan perkara itu menyebabkan kami terpaksa menghubungi pihak polis dan anak serta bayi perempuan itu dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Liza berkata, anaknya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya memberitahu rasa kurang sihat dan lapar ketika bangun dari tidur kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Reka cerita jumpa bayi, remaja disyaki sembunyi status baharu bersalin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading