Fasiliti serba lengkap, kelebihan ambulance ditawarkan Smart AT

SYAHIDI BAKAR /pic

SIMBOLIK penyerahan dua unit Ambulance Smart AT kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM diwakili Ketua Pengarahnya Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli (tiga dari kanan). Turut kelihatan, Shuhaimi Harun (kanan)

KUALITI peralatan ambulance serba moden serta lengkap dengan fasiliti pra rawatan awal pesakit COVID-19, menjadi antara kelebihan yang ditawar Smart AT Sdn. Bhd. salah satu syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan tempatan.

Pengarah Urusannya, Shuhaimi Harun berkata, kemudahan seperti sistem dual saringan udara direka khas mengangkut pesakit bergejala seperti Ebola, Corona Virus dan penyakit berjangkit antara fasiliti terkini dimiliki Infection Ambulance.

Katanya, penggunaan peralatan dilengkapi teknologi pengasingan udara yang terbukti berkesan dan selamat diguna, memberikan kelebihan kepada pelanggan menggunakan ambulance pintar disedia Smart AT selaku pengedar tunggal di Malaysia ketika ini.

“Kemudahan peralatan dilengkapi teknologi rawatan kesihatan moden antara ciri penting Infections Ambulance yang tepati piawaian European Standards (EN1789) sesuai untuk kegunaan semasa di Malaysia yang turut berdepan penularan pendamik COVID-19

“Harga ditawarkan kompetitif, berbaloi untuk wang dibelanja kerana ciri-ciri fasiliti moden dan peralatannya lengkap dalam setiap unit Infection Ambulance berharga RM650,000 manakala Ambulance biasa pula RM468,000 termasuk kos keseluruhan,” katanya ditemui di Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Shubaimii hadir menyerahkan 2 Ambulance Smart AT kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM,  Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh di Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan.

Serahan ambulances biasa dan infection ambulance hari ini, menjadikan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan agensi pertama mengguna pakai pengangkutan ambulance tercanggih Mercedes Benz model Sprinter 316 CDI.

Model Infection Ambulance Smart AT  jelas Shuhaimi, turut dilengkapi oleh EMS Guard Filters khas untuk kurangkan risiko penyebaran udara tercemar di luar dengan keupayaan fungsinya meneutralkan udara di sekitar.

“Selain itu, peralatan berteknologi seperti sistem penyejukan dan pemanasan dilindungi daripada bakteria dan anti virus hasil penggunaan sistem penapis HEPA.

Sementara itu, bagi Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli, perolehan dua unit Ambulance Smart AT itu menepati keperluan penggunaan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM buat masa ini.

Beliau turut menzahirkan hasrat supaya syarikat pengedar ambulance itu memberi perkhidmatan selepas jualan pada tahap yang terbaik sebagai salah satu inisiatif membina keyakinan pembeli terhadap produk dan perkhidmatan disediakan.

“Pembelian ambulance ketika darurat ini adalah berdasarkan kepada keperluan kegunaannya dan diharap pihak Smart AT Sdn. Bhd. dapat memberi perkhidmatan tambahan secara kondusif seperti kemudaham senggaraan atau alat ganti sebagai satu inisiatif untuk kepentingan negara,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker