Ismail Sabri Masih Belum Selamat Dengan 114

 

 

Sokongan 114 Ahli Parlimen bukan angka yang kuat dan selamat buat Datuk Seri Ismail Sabri sekiranya beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Memandangkan majoriti sokongan perlu diabsahkan di Parlimen, bilangan 114 tidak memberi maksud Ismail Sabri akan menang selesa apabila berdepan undi percaya pada September ini.

Imej beliau selaku bekas Menteri Kanan (Pertahanan) kerajaan Perikatan Nasional tidak banyak membantu memandangkan label #KerajaanGagal telah pun meresapi pemikiran rakyat. 

Agak tidak adil buat Ismail Sabri yang kini terpaksa menerima tempias natijahnya kegagalan Perikatan Nasional.

Sejujurnya beliau antara yang dilihat bertungkus lumus dalam memerangi wabak COVID-19.

 

 

Anwar Ibrahim Lebih Layak?

Kerakusan pihak lawan yang agresif dengan menggambarkan Anwar Ibrahim lebih layak  diangkat sebagai Perdana Menteri juga jadi perhatian banyak pihak.

Benar, Anwar juga berpengalaman malah sebelum ini beliau ialah orang kepercayaan Dr Mahathir sebelum dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO.

Selepas itu, hubungan mereka terus surut dan bermusuhan sehingga berlanjutan agak lama.

Ironinya hubungan Mahathir-Anwar kembali terjalin apabila Pakatan Harapan bergabung di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat semasa PRU-14.

Anwar pula diberi laluan istimewa apabila bertanding di kerusi Port Dickson yang telah dikosongkan atas alasan kesihatan demi memberikan tempat kepada Anwar kembali semeja bersama Mahathir.

Bagaimanapun , sebagai ahli politik, Ismail Sabri perlu berdepan cabaran mendatang walau apa juga bentuknya.

Kematangan berpolitik akan lebih terserlah apabila beliau mampu menyelesaikannya dengan baik. Jadi, mampukah PN untuk membantu Ismail Sabri mengharungi sesi Undi Percaya kelak tanpa ada perubahan angka sokongan?

UMNO sebaliknya lebih jitu dalam soal memberi sokongan. Apabila semua 37 Ahli Parlimen UMNO telah memberi jaminan di tambah dengan MCA (2) dan MIC (1) maka keseluruhan BN nekad mengundi Ismail di Parlimen.

Di pihak lawan pula, tidak mustahil berlaku perubahan akhir untuk memberi sokongan dalam undi percaya kepada Ismail Sabri.

Kaedah pengundian akan mempengaruhi undi di Parlimen dan sebarang keputusan perlu diterima dengan terbuka.

Siapa Di Belakang Aktivis Petisyen Tolak Ismail Sabri?

 

Artikel Menarik 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker