Muhyiddin Tidak Boleh Letak Syarat

Kabinet Bayangan
Sumber – Media Sosial (Kabinet Bayangan Ismail Sabri)

Menubuhkan sebuah kerajaan bukanlah mudah, apatah lagi jika sebuah kerajaan itu bukan hasil dari undian rakyat melalui pilihanraya bagi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional membuat kesilapan besar bila meletakkan syarat kepada Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob  untuk menubuhkan kerajaan.

 

Walaupun Muhyiddin mendakwa semua ahli parlimen PN memberikan undi kepada Ismail, beliau tidak boleh menentukan dasar sebuah kerajaan lain yang akan dibentuk.

Terpulang kepada Ismail Sabri sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Ke-9 untuk menentukan dasar serta keanggotaan kabinetnya.

 

 

Muhyiddin seperti mahu menjadi ‘Mahathir’, yang dikenali gemar mencampuri urusan kerajaan.

Jika tidak mengikut kehendak dan keinginan maka akan dikritik teruk dengan pelbagai serangan dalam bermacam bentuk. 

Sejarah telah membuktikan bagaimana Mahathir menyerang dua bekas PM sebelum ini hanya kerana enggan mengikut kehendak beliau.

Adalah tidak adil buat seorang Perdana Menteri tidak mempunyai ‘cengkaman’ dalam membuat dasar hanya kerana syarat yang ditetapkan semasa diberikan undian sokongan.

 

 

Perbuatan sedemikian juga seolah tidak menghormati Titah Tuanku Agong yang mahu seseorang yang memberi sokongan kepada nama yang dipilih dengan tidak meletakkan sebarang syarat.

Perikatan Nasional Adalah Kerajaan Gagal

Muhyiddin juga perlu diingatkan, walau kedudukan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, Ismail Sabri datang dari UMNO dan bukan parti yang bernaung di bawah PN.

Syarat yang ditetapkan tidak terpakai kepada Ismail Sabri kerana selepas ini kerajaan yang ditubuhkan tidak lagi membawa nama Perikatan Nasional.

 

Perikatan Nasional

 

Apatah lagi untuk membawa jenama #KerajaanGagal yang dilabelkan terhadap PN.

Rakyat mahu sebuah kerajaan yang lebih dinamik, cakna rakyat,  serta progresif, bukan sekadar nama gah tetapi masih berpaksikan syarat bekas Perdana Menteri Gagal.

Perikatan Nasional Ada Pilihan Selain Ismail Sabri?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker